Terdapat 8 berita berdasarkan kata kunci carian "caruman"

Pengecualian Kenaikan Gaji Minimum Beri Ruang Kepada PMKS Tingkat Operasi, Produktiviti - MEF

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Cadangan pengecualian kenaikan gaji minimum bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan nilai jualan tahunan di bawah RM50 juta akan memberikan ruang yang diperlukan mereka untuk memperkukuh operasi serta meningkatkan produktiviti. 

Belanjawan 2027: Siapa Yang Untung?

Oleh Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) 

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Begitulah perasaan saya setiap kali menyediakan belanjawan negara ketika menjadi Menteri Kewangan dahulu. Dari pagi hingga lewat malam, meneliti angka demi angka yang tidak pernah cukup untuk memenuhi semua keperluan negara. Setiap ringgit ‘direbut’ dan ‘dibahas’. Bantuan yang sangat diperlukan sesebuah keluarga pada hari ini terpaksa diimbangi dengan disiplin kewangan demi masa depan anak -anak mereka – satu tanggungjawab yang bukan mudah. 

Grab Sasar Tingkatkan Pendapatan Pekerja Gig Tanpa Jejaskan Tambang

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Grab menyasarkan untuk meningkatkan pendapatan pemandu e-hailing dan rakan penghantaran p-hailing mulai tahun ini (2027) tanpa menjejaskan tambang penumpang, di bawah cadangan rangka kerja pendapatan minimum.

Kerajaan, Grab Biaya Pakej RM160 Juta Tingkat Pendapatan Pekerja e-Panggilan

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan dan syarikat perkhidmatan e-panggilan Grab bersetuju untuk membiayai bersama satu pakej bernilai RM160 juta bagi meningkatkan pendapatan bersih dan menambah baik kebajikan pekerja e-panggilan dan p-panggilan bermula 2027.

AmBank Perkukuh Perbankan Mewah, Pengurusan Kekayaan Di Kelawei

GEORGE TOWN, 7 Okt (Bernama) -- AmBank Group memperkukuh komitmennya terhadap segmen pelanggan berkemampuan tinggi dan pengurusan kekayaan dengan melancarkan cawangan utama Kelawei, yang menghimpunkan AmBank Signature Priority Banking (AmSPB) dan AmPrivate Banking.

Malaysia Boleh Pertimbang Mekanisme Pendapatan Persaraan Sepanjang Hayat – CPFB

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Malaysia boleh mempertimbangkan untuk mewujudkan mekanisme pengeluaran simpanan persaraan di peringkat nasional bagi menukar simpanan terkumpul kepada pendapatan sepanjang hayat ketika negara membuat persediaan menghadapi populasi yang semakin menua, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan) Lembaga Tabung Simpanan Pusat Singapura (CPFB), Wong Yan Jun.

Indeks Pelopor Malaysia Meningkat 1.1 Peratus Pada Julai

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Indeks Pelopor (IP) Malaysia meningkat 1.1 peratus tahun ke tahun kepada 115.3 mata pada Julai 2026 daripada 114.0 mata pada bulan sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Tomei GoldNow Perkenal Ciri Hadiah Dan Simpanan Emas

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- GoldNow milik Tomei Consolidated Bhd kini memperkenalkan ciri Gold Gifting dan Gold Savings bagi mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai platform mudah alih pengumpulan emas terkemuka di Malaysia.