19minit ago
ISTANBUL, 12 Nov (Bernama-Anadolu) -- Nvidia pada Khamis mengumumkan bahawa Jensen Huang meletak jawatan sebagai presiden, ketua pegawai eksekutif (CEO) dan ahli lembaga pengarah berkuat kuasa serta-merta ketika siasatan bebas sedang dijalankan berhubung laporan bahawa beliau menjadi sasaran operasi perisikan asing, lapor Anadolu Ajansi.
8jam ago
BATU KAWAN, 12 Nov (Bernama) -- Syarikat peneraju dalam bidang sains hayat dari Jerman, Eppendorf SE (Eppendorf) mengukuhkan kehadirannya di Asia Pasifik dengan membina kemudahan pengeluaran pertamanya di Asia Tenggara iaitu di Pulau Pinang, bertujuan mendekatkan lagi aktiviti tersebut kepada pelanggan di rantau itu.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kerjasama antara syarikat perladangan dengan pekebun kecil sawit bagi meningkatkan hasil dan pendapatan kedua-dua pihak akan dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
7hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Persidangan World Marketing Summit Malaysia 2026 (WMS Malaysia 2026) yang berlangsung pada 4 dan 5 November di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menghimpunkan pemimpin pemasaran antarabangsa, tokoh perniagaan, usahawan dan pakar industri bagi membincangkan masa depan pemasaran dalam era teknologi baharu.
10hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- MotoGP Sports Entertainment Group SL akan menilai keadaan di Asia Barat semasa merangka jadual bagi tahun depan dan tiada rancangan segera untuk melaksanakan sistem penggiliran perlumbaan sekiranya konflik serantau berlarutan, kata timbalan ketua pegawai eksekutifnya (CEO), Carlos Ezpeleta.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Program literasi cukai yang dilaksanakan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) sepanjang pelaksanaan Bulan HASiL 2026 telah melibatkan hampir 300,000 pembayar cukai di seluruh negara.
15hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
SEPANG, 28 Okt (Bernama) -- Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedang meneliti kemungkinan menyemak semula harga tiket MotoGP dan caj sewaan litar bagi meningkatkan perolehan, menampung kos operasi yang kian meningkat serta membantu membiayai bahagian yuran hak penganjuran kejuaraan itu.