3jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai bantuan kewangan kepada AirAsia Group Bhd setakat ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
4jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan menyediakan geran berjumlah RM444.96 juta bagi memperkukuh infrastruktur bekalan air di Sabah, termasuk penggantian paip kritikal dan pelaksanaan langkah mengurangkan kadar air tidak terhasil (NRW).
4jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan bersedia mengadakan libat urus semula dengan pemain industri bagi meneliti kemungkinan penambahbaikan struktur caj di bawah Skim Bekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS).
5jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan inisiatif peluasan perlindungan bil elektrik bagi pengguna domestik sehingga Disember 2026 tidak menjejaskan keupayaan Tenaga Nasional Bhd (TNB) memenuhi komitmen pembayaran dividen kepada pemegang saham.
6jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelaburan asal dalam projek Battersea Power Station di United Kingdom (UK) adalah terlalu tinggi dan telah mengalami kerugian namun usaha pemulihan sedang dilakukan sekarang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim, Perak mencatatkan pelaburan direalisasikan berjumlah RM7 bilion bagi tempoh 2018 hingga 2026, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.
10jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan mengambil langkah segera untuk memperbaiki tata kelola dan tadbir urus syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), termasuk cadangan membentangkan rang undang-undang entiti milik kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11jam ago
KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan program GEAR-uP masih mengikut jadual, dengan pelaburan dijangka meningkat pada akhir tahun ini dan tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan melaksanakan pendekatan pendapatan boleh guna bersih (NDI) pada 2027 bagi memastikan penilaian kelayakan bantuan mengambil kira faktor demografi dan liabiliti selain pendapatan, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) akan memperkukuh sektor oleokimia khusus serta pembangunan produk nutraseutikal dan farmaseutikal berasaskan sawit untuk mengurangkan kebergantungan kepada eksport minyak sawit mentah (MSM).