5jam ago
PUTRAJAYA, 17 Nov (Bernama) -- Sebanyak 77 syarikat Perkhidmatan dan Peralatan Minyak dan Gas (OGSE) Malaysia telah menjana jualan eksport berjumlah RM114.82 juta setakat 30 September tahun ini, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
11jam ago
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM350.4 bilion merentasi sektor perkhidmatan, pembuatan dan sektor utama dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2026, iaitu peningkatan sebanyak 20.7 peratus berbanding RM290.3 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Pos Malaysia Bhd mencatatkan kerugian bersih yang meningkat kepada RM62.25 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026, daripada defisit RM45.23 juta pada suku yang sama setahun sebelumnya.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) telah memeterai perjanjian kerjasama dengan Permodalan Darul Ta’zim Sdn Bhd (PDT) untuk meneroka potensi usaha sama dalam pembekalan tenaga boleh baharu (RE) dan air kitar semula kepada bakal pengambil alih dalam taman perniagaan bersepadu yang dibangunkan di bawah jenama EcoWorld.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Malaysia semakin dilihat sebagai destinasi pelaburan utama untuk sektor bernilai tinggi, disokong oleh pengembangan dalam ekonomi digital dan keupayaan teknologinya selain usaha berterusan bagi mengukuhkan daya saingnya.
1hari ago
SHENZHEN (China), 16 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja selama tiga hari ke Shenzhen dari 18 hingga 20 November ini bagi menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-33, selain mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden China Xi Jinping.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menjangkakan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga 2026 mencapai 5.5 peratus, disokong oleh pengembangan berterusan sektor perkhidmatan dan pembinaan, aktiviti pembuatan yang lebih kukuh serta pemulihan sektor pertanian.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi rantau Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) diunjur mencecah 3.4 peratus pada 2026, meningkat daripada unjuran awal pada 3.2 peratus, disokong oleh pelaburan teknologi yang kukuh serta aktiviti perdagangan yang lebih rancak.
2hari ago
KUALA KANGSAR, 15 Nov (Bernama) -- Perak dijangka sekali lagi mencatatkan lebihan kewangan tahun ini mengatasi unjuran defisit sebanyak RM95.5 juta, sekali gus melakar pencapaian lebihan bagi tempoh lima tahun berturut-turut.
2hari ago
PUTRAJAYA, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan lebih lima peratus tahun ini untuk tiga tahun berturut-turut, didorong prestasi ekonomi yang kekal kukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3hari ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur diunjurkan mendatar pada minggu depan berikutan fenomena cuaca El Nino yang berpotensi menjejaskan bekalan di negara pengeluar utama, menurut persatuan industri.
4hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain namun menyusut berbanding dolar AS pada Jumaat, apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu meneruskan momentum meningkatnya disokong oleh prospek kadar faedah AS yang lebih tinggi.