4jam ago
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM2.74 bilion bagi suku ketiga (S3) berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM2.62 bilion pada suku sama tahun lepas.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Public Bank Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM1.77 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept, susut daripada RM1.84 bilion, manakala hasil meningkat kepada RM7.74 bilion berbanding RM7.41 bilion sebelumnya.
22hari ago
GEORGE TOWN, 31 Okt (Bernama) -- CIMB Islamic Bank Bhd, dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC), memperkenalkan program latihan kemahiran teknikal untuk membantu golongan belia kurang berkemampuan mendapatkan pekerjaan dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta pembuatan di Malaysia.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Fitch Ratings mengunjurkan industri kewangan Islam Malaysia melebihi US$800 bilion (US$1 = RM4.08) pada akhir suku ketiga 2026 dengan pertumbuhan dijangka berterusan, disokong oleh pasaran domestik yang kukuh, ekosistem yang matang serta sokongan dasar menerusi Belanjawan 2027.
29hari ago
Oleh M.Saraswathi and Karina Imran
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Industri kewangan Islam Malaysia telah berkembang dan tidak lagi terhad kepada perbankan tradisional dengan memainkan peranan yang lebih luas dalam kehidupan masyarakat dan ekonomi daripada membantu usahawan mikro membina perniagaan mampan kepada membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menembusi pasaran global.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran kewangan Islam dunia dalam laporan Indeks Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) 2026 bagi tahun ke-14 berturut-turut, di tengah-tengah pertumbuhan sembilan peratus pasaran kewangan Islam global kepada US$6.5 trilion (US$1 = RM4.07).