2hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ni Hsin Group Bhd tidak tahu menahu sebarang khabar angin atau laporan berhubung perniagaan dan hal ehwal kumpulan itu yang mungkin menjadi punca kepada kejatuhan mendadak harga sahamnya serta jumlah dagangan yang tinggi.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, Sungai Udang WTE Sdn Bhd telah mengemukakan program sukuk wakalah Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab Hijau (SRI) ASEAN bernilai RM700 juta kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi membiayai pembangunan kemudahan sisa kepada tenaga (WTE) Melaka yang pertama.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Bursa Malaysia Bhd membantu lebih banyak syarikat Malaysia berkembang menjadi juara serantau, sambil menyatakan terlalu banyak perniagaan yang berpotensi tetapi kekal kecil untuk tempoh yang terlalu lama.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Pemaju hartanah Parkland Bhd menerima kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk melaksanakan tawaran awam permulaan (IPO) dan cadangan penyenaraian sahamnya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi yang meningkat 10 peratus kepada RM70.20 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2026 daripada RM63.84 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh CelcomDigi Bhd iaitu CelcomDigi Telecommunications Sdn Bhd (CelcomDigi Tel) mencadangkan penubuhan program Sukuk Murabahah dengan nilai nominal sehingga RM10 bilion bagi membiayai keperluan korporat dan pembiayaan semula.
10hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran kewangan Islam dunia dalam laporan Indeks Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) 2026 bagi tahun ke-14 berturut-turut, di tengah-tengah pertumbuhan sembilan peratus pasaran kewangan Islam global kepada US$6.5 trilion (US$1 = RM4.07).