BERITA TERKINI   Pelakon Veteran Datuk Rahim Razali dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2026 | Pelakon Veteran Datuk Rahim Razali dipilih penerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2026 | ASA 2026: Khiu Siaw Fong terima Anugerah Khas Juri menerusi karya animasi 'Kumang and the Ungrateful Python' | ASA 2026: Selampai Labung menang kategori Drama TV Terbaik, turut menerima Dana Kandungan Kreatif (DKK) sebanyak RM200,000 | ASA 2026: Pelakon Wanita Drama TV Terbaik dimenangi Noorkhiriah Ahmad Shapie melalui drama Seribu Tahun | 

Ekonomi

Labuan IBFC, TRX City Perkukuh Visi ‘1 Ekosistem, 2 IFC’

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Labuan IBFC Incorporated Sdn Bhd dan TRX City Sdn Bhd akan memperkukuh kerjasama di antara kedua-dua pusat kewangan antarabangsa (IFC) berkenaan serta memajukan visi bersama ‘1 Ekosistem, 2 IFC’.

TMK Chemical Ambil Alih 100 Peratus Pegangan Dalam CCM Pada Harga RM939.9 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- TMK Chemical Bhd (TMK) mengambil alih 100 peratus pegangan dalam Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) pada harga RM939.9 juta. 

AirAsia Selesaikan Bayaran Balik US$240 Juta Ketika Tempoh COVID, Tidak Perlu Pembiayaan Jangka Pendek

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- AirAsia Group Bhd telah menyelesaikan pembayaran balik berjumlah US$240 juta (US$1=RM4.09) ketika tempoh COVID dalam tempoh dua tahun lepas dan tidak memerlukan pembiayaan jangka pendek, kata pengasas bersama dan penasihatnya, Tan Sri Tony Fernandes.

TNB Peruntuk RM120-RM150 Juta Bagi Sokong Langkah Perlindungan Berkaitan Bil Elektrik 

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan menyediakan antara RM120 juta hingga RM150 juta bagi menyokong langkah perlindungan berkaitan bil elektrik bagi tempoh September hingga Disember 2026, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Shamsul Ahmad.

AirAsia Jangka Bahan Api Jet US$160-US$190 Setong, Mungkin Semak Tambang Pada US$250 – Fernandes

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- AirAsia Group Bhd kini menjangkakan harga bahan api jet antara US$160 dan US$190 setong dan mungkin menyemak semula tambang penerbangan sekiranya harga meningkat kepada US$250 setong, kata Pengasas bersama merangkap Penasihat AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

Kitaran Kenaikan Kadar Faedah Global Jadi Kebimbangan Utama Untuk Harga Emas - MGA

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) – Kitaran kenaikan kadar faedah yang berterusan di ekonomi utama dijangka menjadi faktor penting yang memberi impak kepada harga emas pada masa depan, menurut Persatuan Emas Malaysia (MGA).

Pulau Pinang Sasar Terminal Jeti Swettenham Jadi Pelabuhan Pangkalan Utama Sebahagian Rantau

GEORGE TOWN, 18 Sept (Bernama) -- Pulau Pinang mahu menjadikan Terminal Kapal Persiaran Jeti Swettenham (SPCT) berperanan lebih besar dalam rangkaian pelayaran serantau dengan terminal itu kini berupaya menampung dua kapal persiaran bersaiz Quantum secara serentak sehingga 12,000 penumpang.

Sabah Catat Peningkatan 25.5 Peratus Ketibaan Pelancong China

KOTA KINABALU, 18 Sept (Bernama) -- Sabah terus mencatatkan pertumbuhan kukuh bagi ketibaan pelancong dari China dengan jumlahnya meningkat sebanyak 25.5 peratus dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Bekalan Gas Sabah Dijangka Meningkat Hampir Dua Kali Ganda Menjelang 2030 - Hajiji

KOTA KINABALU, 18 Sept (Bernama) -- Bekalan gas Sabah dijangka meningkat hampir dua kali ganda kepada 1,350 juta kaki padu standard sehari (MMscfd) menjelang 2030 daripada 700 MMscfd ketika ini, susulan pelaksanaan tujuh projek pembangunan luar pesisir, termasuk empat medan gas baharu.

MOTAC, MGA Teroka Kerjasama Hasilkan Produk Emas Bertemakan Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meneroka kerjasama dengan Persatuan Emas Malaysia (MGA) bagi menghasilkan produk emas bertemakan Malaysia sebagai pendekatan baharu untuk mempromosikan identiti dan destinasi pelancongan negara.

Inflasi Malaysia Meningkat 1.9 Peratus Pada Ogos 2026 – DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Ogos 2026 berbanding 1.8 peratus pada bulan sebelumnya, dengan mata Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat kepada 137.5 daripada 134.9 pada Ogos 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

TIV Industri Automotif Susut Dua Peratus Kepada 71,428 Unit Pada Ogos – MAA

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia susut 2 peratus tahun ke tahun kepada 71,428 unit pada Ogos 2026 daripada 73,041 unit pada bulan sama tahun lepas.