Pasaran

Jangkaan Kadar Faedah Fed Naik Asak Ringgit Susut Berbanding Dolar AS

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga dengan menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, diasak jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) AS menaikkan kadar faedah utama lewat tahun ini bagi merangsang permintaan terhadap dolar.

Minat Belian Kukuh Kaunter Pengguna Sokong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup sedikit lebih tinggi, disokong oleh minat belian yang kukuh dalam kaunter berkaitan pengguna, di tengah-tengah prestasi bercampur-campur merentasi pasaran serantau.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-Campur

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Khamis, sejajar dengan penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang rendah, kata peniaga.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, disokong oleh belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun prestasi semalaman Wall Street lemah.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Khamis, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai. 

Ringgit Dibuka Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan sentimen pasaran berhati-hati selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) cenderung kepada kadar faedah tinggi mendorong kenaikan hasil Perbendaharaan AS.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini di sebalik kebimbangan mengenai isu berkaitan cuaca, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Penurunan Harga Minyak

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas harga minyak mula menurun, seterusnya meredakan kebimbangan inflasi dan merangsang sentimen yang lebih baik terhadap logam berharga itu.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi Sejajar Dengan Pasaran Tunai

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki prestasi positif dalam pendasar pasaran tunai.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Kadar Faedah BOJ Meningkat

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar AS pada Selasa berikutan pelabur terus berhati-hati susulan keputusan Bank of Japan (BOJ) untuk menaikkan kadar faedah.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih tinggi, menjejaki lonjakan kukuh Wall Street semalaman.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah di Bursa Malaysia Derivatives pada Selasa, seiring dengan prestasi kadar asas pasaran tunai.