BERITA TERKINI   Rasuah masalah sistemik, perlu terus dibanteras dengan tegas - PM Anwar | PM Anwar tegaskan kadar yuran rawatan asas di fasiliti kesihatan awam perlu dikekalkan agar rakyat tidak terbeban | PM Anwar setuju cadangan masukkan elemen pendidikan kesihatan mental dalam kurikulum sekolah bantu pelajar urus tekanan | Kerajaan akan kaji cadangan penubuhan dana kekayaan AI untuk manfaat rakyat Malaysia - PM Anwar | 

Pasaran

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) penanda aras di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, dipengaruhi oleh kebimbangan mengenai paras inventori domestik yang tinggi serta permintaan eksport yang rendah, menurut seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Seiring Kelemahan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, mencerminkan prestasi lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu.

Ringgit Susut Sedikit Berbanding Dolar AS Ketika Pelabur Menunggu Pengumuman Data Inflasi PCE

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan meningkatnya selera risiko terhadap mata wang itu menjelang pengumuman data inflasi perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE).

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Sedikit Menongkah Arus Aliran Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia menongkah arus aliran serantau apabila ditutup tinggi sedikit pada Rabu, disokong oleh aktiviti belian dalam saham wajaran tinggi terpilih, yang diterajui sektor produk dan perkhidmatan pengguna, perladangan, serta pengangkutan dan logistik.

Harga MSM Dijangka Kekal Melebihi RM4,100 Satu Tan Pada Disember - MPOC

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal melebihi RM4,100 satu tan metrik pada Disember, disokong oleh harga yang kompetitif berbanding minyak sayuran lain, ketidaktentuan geopolitik serta potensi risiko bekalan pada 2027, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Susulan Harga Minyak Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, berikutan tekanan oleh penurunan harga minyak mentah penanda aras, ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lemah. 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Di Tengah-tengah Harga Minyak Yang Lebih Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, berikutan tekanan oleh penurunan harga minyak mentah penanda aras, ringgit yang sedikit lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan pasaran niaga hadapan getah serantau yang lebih lemah. 

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali meningkat pada tengah hari ini, disokong aktiviti belian terpilih dalam saham wajaran tinggi, didahului sektor pengangkutan dan logistik, produk dan perkhidmatan pengguna serta perkhidmatan kewangan.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Susulan Jangkaan Penurunan Kadar Faedah AS

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada Rabu, berikutan jangkaan pasaran bahawa Amerika Syarikat (AS) akan beralih kepada dasar monetari yang lebih longgar dalam jangka panjang.

Niaga Hadapan MSM Melantun Semula Susulan Belian Harga Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini selepas disokong oleh belian harga rendah berikutan penjualan mendadak baru-baru ini, kata seorang peniaga.

Niaga Hadapan Emas Susut, Jejak Kelemahan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, menjejaki prestasi lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX) di Amerika Syarikat.