Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu.
Pada penutup dagangan, kontrak November 2026 naik empat mata kepada 1,562.50, kontrak Disember 2026 meningkat sedikit sebanyak 0.5 mata kepada 1,558.0, kontrak Mac 2027 menambah 1.5 mata kepada 1,541.50, dan kontrak Jun 2027 naik satu mata kepada 1,538.0.
Jumlah dagangan melonjak kepada 86,688 lot daripada 16,820 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 122,934 kontrak daripada 51,749 kontrak.
Pada 5 petang, FBM KLCI naik sedikit sebanyak 0.61 mata kepada 1,562.29 daripada paras penutup 1,561.68 pada Selasa.
-- BERNAMA