BERITA TERKINI   Bersatu tidak akan bertanding pada PRN Sarawak - Setiausaha Agung | Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd menyusut kepada RM494.04 juta pada suku ketiga 2026, berbanding RM686.26 juta pada suku yang sama tahun lepas | Banjir: 153 penduduk daripada 42 keluarga dipindahkan di Sook, Sabah - JPBN Sabah | MCMC saman Google LLC, tuntut ganti rugi RM600 juta berhubung dakwaan gagal tangani kandungan memudaratkan di YouTube | 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Sedikit Menongkah Arus Aliran Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia menongkah arus aliran serantau apabila ditutup tinggi sedikit pada Rabu, disokong oleh aktiviti belian dalam saham wajaran tinggi terpilih, yang diterajui sektor produk dan perkhidmatan pengguna, perladangan, serta pengangkutan dan logistik.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sedikit sebanyak 0.61 mata kepada 1,562.29, daripada paras 1,561.68 pada Selasa.

Ad Banner

Indeks utama itu dibuka rendah turun 0.65 mata kepada 1,561.03 dan bergerak antara paras 1,555.03 dengan 1,565.17 sepanjang sesi dagangan.

Bagaimanapun, petunjuk penilaian pergerakan pasaran negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 692 berbanding 345, manakala 456 kaunter tidak berubah, 1,340 kaunter tidak diniagakan, dan 102 kaunter digantung.

Jumlah dagangan menyusut kepada 2.53 bilion unit bernilai RM2.36 bilion daripada 3.26 bilion unit bernilai RM3.07 bilion pada Selasa.

Ad Banner
Ad Banner

99 Speed ​​Mart Retail melonjak 10 sen kepada RM3.12, SD Guthrie meningkat sembilan sen kepada RM6.00, manakala MISC mengukuh 11 sen kepada RM7.75, yang menyumbang kepada kenaikan indeks komposit sebanyak 3.45 mata secara keseluruhan.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran ekuiti serantau kebanyakannya mencatatkan penurunan khususnya di Jepun dan Korea Selatan, susulan aktiviti penjualan semula saham berkaitan semikonduktor dan kecerdasan buatan (AI).

Indeks Nikkei 225 Jepun turun 2.78 peratus kepada 57,011.62, manakala Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan menyusut 6.16 peratus kepada 4,697.51.

Beliau berkata pasaran tempatan terus mengambil pendekatan berhati-hati ekoran keadaan yang masih tidak menentu serta kurangnya keyakinan untuk membeli.

“Lebih penting lagi, walaupun terdapat potensi jangka panjang bagi kecerdasan buatan (AI), kami percaya ketidakpastian berhubung perbelanjaan modal yang sangat besar oleh syarikat teknologi utama, serta keupayaan mereka untuk menjana pulangan pelaburan yang mencukupi, akan terus menjejaskan sentimen pelabur.

“Ini boleh membawa implikasi terhadap prospek pendapatan serta penilaian kaunter tempatan yang berkaitan dengan sektor semikonduktor dan pusat data,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata asas ekonomi Malaysia masih kekal berdaya tahan, manakala penurunan pasaran baru-baru ini telah menjadikan penilaian saham mewah terpilih lebih menarik.

“Dalam tempoh terdekat ini para pelabur akan memantau rapat data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bakal diumumkan bagi mencari petunjuk prospek kadar faedah Rizab Persekutuan AS.

“Memandangkan Wall Street akan ditutup sempena sambutan Hari Thanksgiving pada Khamis, aktiviti dagangan mungkin kekal perlahan menjelang hujung minggu,” katanya.

Thong berkata walaupun terdapat lantunan semula teknikal sekali-sekala, para pelabur dijangka terus mengambil pendekatan membeli secara berpilih susulan keadaan tidak menentu yang berterusan.

“Kami mengekalkan jajaran dagangan FBM KLCI pada 1,550–1,580 bagi minggu ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi yang lain, RHB Bank meningkat sembilan sen kepada RM7.78, CIMB menambah tiga sen kepada RM7.12, Kuala Lumpur Kepong naik 26 sen kepada RM21.06, YTL Power International susut 21 sen kepada RM3.95, manakala Press Metal Aluminium turun 11 sen kepada RM6.29.

Dalam kalangan saham aktif,  IOIPG Malaysia Real Estate Investment Trust yang memulakan dagangan sulung di Pasaran Utama susut setengah sen kepada 90.5 sen, NexG Bina meningkat setengah sen kepada empat sen, Big Caring naik tujuh sen kepada RM1.15, Zetrix AI turun setengah sen kepada lima sen, manakala MAG Holdings kekal tidak berubah pada 16 sen. 

Dalam kalangan kaunter paling untung, Lebtech dan Bintulu Port meningkat 20 sen masing-masing kepada 79 sen dan RM5.20, Mentiga Corporation naik 21 sen kepada RM1.53, Oriental Holdings menambah 17 sen kepada RM6.75, manakala United Plantations menokok 28 sen kepada RM31.68.

Dalam kalangan saham paling rugi, Malaysian Pacific Industries turun RM1.20 kepada RM35.80. Nestle susut 92 sen kepada RM94.12, Dutch Lady Milk Industries berkurangan 54 sen kepada RM27.26, manakala Greatech Technology dan MI Technovation menyusut 43 sen masing-masing kepada RM2.07 dan RM5.31.

Sementara itu, Bursa Malaysia menggantung jualan singkat di bawah jualan singkat intra hari (IDSS) bagi Greatech Technology bagi tempoh berbaki dagangan hari ini memandangkan harga terakhir sekuriti yang diluluskan itu telah susut lebih daripada 15 peratus atau 15 sen berbanding harga rujukan.

“Jualan singkat di bawah IDSS hanya akan diaktifkan pada hari dagangan berikutnya, Khamis, 26 Nov 2026, pada  8.30 pagi,” katanya.

Di keseluruhan pasaran, Indeks FBM Emas susut 29.81 mata kepada 11,481.92, Indeks FBM Top 100 turun 24.19 mata kepada 11,333.46, Indeks FBM ACE merosot 98.67 mata kepada 4,638.89, Indeks FBM Emas Shariah menyusut 55.73 mata kepada 11,295.38, dan Indeks FBM Mid 70 susut 155.39 mata kepada 16,060.49.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 62.43 mata kepada 18,550.45, Indeks Perladangan naik 62.75 mata kepada 8,703.83, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.57 mata kepada 158.95, manakala Indeks Tenaga turun 1.48 mata kepada 735.60.

Jumlah dagangan Pasaran Utama berkurangan kepada 1.41 bilion unit bernilai RM2.12 bilion, daripada 1.54 bilion unit bernilai RM2.72 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran merosot kepada 711.45 juta unit bernilai RM84.40 juta daripada 955.37 juta unit bernilai RM97.17 juta.

Jumlah dagangan waran menyusut kepada 711.45 juta unit bernilai RM84.40 juta daripada 955.37 juta unit bernilai RM97.17 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 407.49 juta unit bernilai RM152.14 juta daripada 766.25 juta unit bernilai RM260.58 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 429.14 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, diikuti oleh produk dan perkhidmatan perindustrian (209.70 juta), pembinaan (114.88 juta), teknologi (204.01 juta), perkhidmatan kewangan (59.17 juta), hartanah (56.59 juta), perladangan (38.94 juta), amanah pelaburan hartanah (44.56 juta), dana tertutup (156,100), tenaga (71.12 juta), penjagaan kesihatan (61.46 juta), telekomunikasi dan media (32.36 juta), pengangkutan dan logistik (64.10 juta), utiliti (26.26 juta), serta amanah perniagaan (sifar).

-- BERNAMA