BERITA TERKINI   PM Anwar tegaskan kadar yuran rawatan asas di fasiliti kesihatan awam perlu dikekalkan agar rakyat tidak terbeban | PM Anwar setuju cadangan masukkan elemen pendidikan kesihatan mental dalam kurikulum sekolah bantu pelajar urus tekanan | Kerajaan akan kaji cadangan penubuhan dana kekayaan AI untuk manfaat rakyat Malaysia - PM Anwar | PM Anwar jamin hak penduduk asal terus dipertahankan menerusi RUU Pembaharuan Semula Bandar (URA) | Bersatu tidak akan bertanding pada PRN Sarawak - Setiausaha Agung | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah, Seiring Kelemahan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, mencerminkan prestasi lemah di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).

Pada penutup dagangan, kontrak semerta bulan November 2026 susut kepada US$3,525.5 setiap auns troy berbanding US$3,618.5 ketika ditutup pada Selasa, kontrak Disember 2026 berkurang kepada US$3,540.1 daripada US$3,633.5 dan kontrak Januari 2027 merosot kepada US$3,541.2 daripada US$3,634.6.

Kontrak Februari 2027, April 2027 dan Jun 2027 menyusut kepada US$3,569.1 setiap auns troy daripada US$3,662.5 pada penutupan sebelumnya.

Ad Banner

Jumlah dagangan berkurang kepada 213 lot daripada 233 ketika ditutup pada Rabu, manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 249 kontrak daripada 276 sebelumnya. 

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$3,623.50 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 24 November 2026. 

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner