BERITA TERKINI   Aichi-Nagoya 2026: Atlet karate C.Shahmalarani sumbang emas ketiga negara dalam acara kumite bawah 50kg wanita | Aichi-Nagoya 2026: Atlet e-sukan Taj Izrin Aiman Taj Madira raih emas kedua negara dalam perlumbaan Gran Turismo 7 | Malaysia dan China berada pada kedudukan baik untuk bersama-sama memacu sektor pembuatan, AI, robotik, automasi industri, EV, semikonduktor dan teknologi digital - PM Anwar  | 

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih tinggi, menjejaki lonjakan kukuh Wall Street semalaman.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 11.82 mata atau 0.70 peratus kepada 1,703.21 berbanding paras 1,691.39 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 0.07 mata lebih rendah pada 1,691.32 dan bergerak antara 1,685.57 hingga 1,707.07 sepanjang sesi dagangan pagi.

Ad Banner

Bagaimanapun, sentimen pasaran negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 501 berbanding 476, manakala 513 kaunter tidak berubah, 1,219 tidak diniagakan dan 25 digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 2.27 bilion unit bernilai RM1.54 bilion.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata Wall Street melonjak semalaman susulan perjanjian damai Amerika Syarikat–Iran untuk membuka semula Selat Hormuz, sekali gus mencetuskan lonjakan pasaran secara menyeluruh.

Ad Banner

Oleh itu, firma broker itu berpendapat FBM KLCI akan meneruskan pemulihan hari ini dengan minat belian dijangka beralih kepada saham teknologi.

“Dengan kejatuhan harga minyak, sentimen pasaran dijangka menyokong saham berkaitan syarikat penerbangan dan pengguna susulan jangkaan penurunan kos,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok 24 sen kepada RM11.60, Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing meningkat empat sen kepada RM4.96 dan RM14.52. CIMB naik sembilan sen kepada RM7.78 dan IHH Healthcare menambah 14 sen kepada RM8.83.

Bagi saham aktif, Tanco menambah dua sen kepada 15 sen, Hong Seng Consolidated dan Dagang NeXchange masing-masing tidak berubah pada 1.5 sen dan 40 sen. Pentech meningkat 4.5 sen kepada 30.5 sen dan Elsa naik empat sen kepada 27 sen.

Dalam kalangan kaunter untung utama, Malaysian Pacific Industries menambah 88 sen kepada RM49.88, United Plantations meningkat 54 sen kepada RM32.04, Hong Leong Bank naik 24 sen kepada RM21.90 dan SAM Engineering melonjak 20 sen kepada RM5.04.

Kaunter rugi utama termasuk Press Metal yang susut 28 sen kepada RM8.12, Batu Kawan merosot 24 sen kepada RM20.36, Petronas Gas turun 20 sen kepada RM17.26 dan UMS Integration berkurangan 18 sen kepada RM8.52.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 61.57 mata kepada 12,622.50, Indeks FBMT 100 naik 63.96 mata kepada 12,458.67, Indeks FBM ACE menambah 10.12 mata kepada 4,761.99 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 24.32 mata kepada 12,446.09, manakala Indeks FBM 70 Sederhana susut 3.33 mata kepada 18,089.45.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 212.68 mata kepada 20,204.04, Indeks Perladangan meningkat 30.26 mata kepada 8,759.28, Indeks Tenaga naik 2.71 mata kepada 763.17, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.23 mata kepada 188.41.

-- BERNAMA