BERITA TERKINI   Jadikan Kongres Nasional PKR medan muhasabah, nilai pencapaian - PM Anwar | PKR perlu terus berperanan sebagai gerakan massa, junjung integriti, keadilan sosial dan amanah rakyat - PM Anwar | Keadaan TPM Fadillah bertambah baik seperti dijangka pasukan petugas kesihatan - IJN | TPM Fadillah selamat jalani pembedahan pintasan jantung Rabu lepas - Pejabat TPM | Lonjakan KDNK mengatasi jangkaan pasaran, catat prestasi pertumbuhan suku kedua paling kukuh di luar tempoh pandemik sejak 2014 - PM Anwar | 

Sapura Resources Jual Perniagaan Penerbangan Kepada Royal Jet

KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Sapura Resources Bhd menandatangani Perjanjian Dasar Induk (HOA) bersyarat tidak terikat dengan Royal Jet LLC pada 23 Jun untuk menjual saham biasa dalam dua anak syarikat milik penuhnya.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Rabu, Sapura Resources menjelaskan penjualan itu melibatkan 37.50 juta saham biasa mewakili keseluruhan modal saham terbitan dalam Sapura Aero Sdn Bhd dan 42.45 juta saham biasa dalam DNEST Aviation Sdn Bhd.

Royal Jet ditubuhkan di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan bidang perniagaan utamanya termasuk carter ad hoc dan blok, perkhidmatan pesawat VIP, pengurusan pesawat siap guna sepenuhnya, pembrokeran pesawat, operasi berasaskan perkhidmatan penuh tetap, perkhidmatan sokongan penerbangan, penyelenggaraan pesawat, pembelian pesawat dan perkhidmatan perundingan penerbangan.

Ad Banner

Menurut laporan media, RoyalJet merancang untuk mewujudkan kehadirannya dalam pasaran penerbangan persendirian Asia Tenggara, dengan mengkhususkan Lapangan Terbang Subang, Selangor sebagai hab carter persendirian serantau dan untuk perniagaan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner