BERITA TERKINI   Malaysia tidak akan sewenang-wenangnya hantar pulang pelarian Myanmar, proses berkenaan perlukan rundingan - PM | Malaysia adakan rundingan diplomatik dengan Myanmar mengenai penghantaran pulang pelarian, junjung hak asasi manusia - PM | PM Anwar akan bincang dengan Anthony Loke berhubung peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan | PM Anwar umum 29 Sept setiap tahun sebagai Hari Ikhtisas Malaysia | Golongan profesional perlu bantu tingkat produktiviti, perkukuh tadbir urus negara - PM Anwar | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Khamis, menjejaki pasaran minyak kacang soya yang lemah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata jangkaan pengeluaran lebih tinggi dalam beberapa minggu akan datang turut menjejaskan sentimen pasaran.

Ad Banner

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,450 dan paras rintangan pada RM4,600,” katanya kepada Bernama.

Ketika ditutup, kontrak April 2025, Mei 2025 dan September 2025 masing-masing merosot RM31 kepada RM4,811, RM4,617 dan RM4,252 setan.

Kontrak Julai 2025 menurun RM25 kepada RM4,383 setan, manakala kontrak Jun 2025 dan Ogos 2025 masing-masing menyusut RM28 kepada RM4,489 dan RM4,302.

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan menurun kepada 65,131 lot daripada 78,829 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 256,811 kontrak daripada 256,769 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi April Selatan menokok RM50 kepada RM4,850 setan.

-- BERNAMA