BERITA TERKINI   GELOMBANG HABA: BEBERAPA INDIVIDU LEMAS KETIKA CUBA MENYEJUKKAN BADAN DI JERMAN | MOF peruntuk RM5.5 juta bagi pembelian & operasi awal Ambulans Laut Langkawi, dijangka beroperasi awal tahun depan - Amir Hamzah | Portal rasmi BUDI MADANI terima lebih 13,000 permohonan tambahan kuota 100 liter sebulan untuk pemilik kenderaan diesel setakat 11 pagi ini - MOF | Perkhidmatan LRT3 tanda kesungguhan kerjasama kerajaan, swasta dalam pastikan pengangkutan awam dibangunkan untuk keselesaan rakyat - PM Anwar | Tambang percuma bagi perkhidmatan LRT3, bas perantara Laluan Shah Alam selama sebulan bermula esok hingga 31 Julai - PM Anwar | 

Malaysia Sambut Baik Dasar China Tingkat Penggunaan Domestik - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Malaysia menyambut baik dasar yang diperkenalkan di China dalam tempoh beberapa hari lepas apabila kerajaan negara itu giat merangka langkah-langkah yang bertujuan untuk merangsang penggunaan domestik.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata beliau melihat ini sebagai langkah proaktif ke arah hala tuju yang betul.

“Kebimbangan bukan sahaja mengenai kemungkinan produk China membanjiri pasaran lain disebabkan akses terhad ke Amerika Syarikat, tetapi juga implikasi yang lebih luas kepada pengeksport lain termasuk dari Malaysia, Indonesia atau Vietnam yang kini mungkin berdepan peningkatan persaingan di pasaran ketiga.

Ad Banner

“Jadi langkah penggunaan domestik baharu dari China ini boleh membantu mengurangkan kesan langsung dan tidak langsung terhadap perdagangan serantau,” katanya menerusi satu temu bual yang dimuat naik di akaun X beliau hari ini.

Tengku Zafrul berkata demikian sebagai menjawab soalan mengenai inisiatif daripada sektor swasta di China yang mana platform e-dagang utama di negara itu berikrar untuk menyokong penggunaan domestik dengan mendapatkan sumber produk daripada pengeksport China dan mempromosikannya di pasaran tempatan.

Beliau memberi contoh gergasi e-dagang China, JD.com, yang berjanji untuk membeli barangan bernilai kira-kira US$27 bilion daripada pengeksport China sepanjang tahun depan untuk pasaran domestik.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurutnya, itu adalah perkembangan positif dan percaya Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan China bagi meneroka peluang kerjasama seterusnya terutamanya dalam konteks inisiatif dipacu oleh sektor swasta. 

-- BERNAMA