BERITA TERKINI   Harga petrol RON97 kekal pada kadar RM4.35 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun - MOF | Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun - MOF | ASEAN dan Rusia mampu menyumbang secara bermakna dengan memperkukuh kerjasama praktikal berasaskan saling menghormati, keterbukaan dan kepentingan bersama - PM Anwar | ASEAN dan Rusia mampu pupuk ekonomi global lebih berdaya tahan, inklusif dan makmur dengan membina hubungan lebih kukuh antara perniagaan, institusi dan masyarakat - PM Anwar | ASEAN terus percaya bahawa kemajuan ekonomi adalah paling baik digerakkan menerusi kerjasama dan bukannya konfrontasi, serta libat urus dan bukannya peminggiran - PM Anwar | 

TPM Zahid Pengerusikan Mesyuarat Meja Bulat Kerjasama Industri Halal Malaysia-Indonesia

JAKARTA, 22 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini  mempengerusikan mesyuarat Meja Bulat Kerjasama Industri Halal Malaysia-Indonesia yang bertujuan memupuk kerjasama serantau dan memacu pertumbuhan inklusif kedua-dua negara dalam ekonomi halal global.

Beliau berkata perbincangan mesyuarat itu tertumpu kepada menangani cabaran berkaitan perdagangan, mengenal pasti peluang pelaburan dan memupuk usaha sama antara perusahaan Malaysia dan Indonesia.

Selain itu, katanya, perbincangan meja bulat itu juga menyentuh mengenai usaha memajukan kerjasama Halal ASEAN untuk meneroka pasaran halal global yang diunjurkan bernilai US$5 trilion menjelang 2030.

Ad Banner
Ad Banner

"Sesi itu menekankan strategi yang boleh diambil tindakan untuk mengekalkan dan mengembangkan aliran perdagangan dua hala sambil memanfaatkan kelebihan setiap negara," katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Zahid berkata kedua-dua negara akan memacu pertumbuhan inklusif dan mewujudkan nilai pelengkap bagi ekonomi Halal masing-masing dengan menyelaraskan Pelan Induk Industri Halal Malaysia 2030 (HIMP 2030) dan pelan hala tuju ekonomi Halal Indonesia.

Mesyuarat Meja Bulat itu, anjuran agensi Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Halal Development Corporation Bhd (HDC) meneruskan misinya untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri Halal.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Selain itu ia juga mengketengahkan ekosistem halal Malaysia yang diiktiraf di peringkat global dan peranan penting negara sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sambil menghimpunkan pemegang kepentingan utama dari Malaysia dan Indonesia.

“Kepentingan usaha kerjasama dalam kalangan anggota ASEAN adalah untuk mengukuhkan ketersambungan serantau dan meningkatkan kedudukan Asia Tenggara dalam ekonomi halal global,” katanya.

Ahmad Zahid berkata Malaysia dan Indonesia telah lama menjalin kerjasama dalam sektor halal, dipacu oleh objektif bersama untuk melengkapkan piawaian dan meningkatkan aliran perdagangan.

Pada Jun 2023, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Badan Penyelenggara Jaminan Produk Halal (BPJPH) Indonesia memeterai perjanjian kerjasama bagi pengiktirafan bersama sijil Halal. 

Perjanjian ini telah memperkemas akses pasaran dengan menghapuskan proses pensijilan yang bertindan bagi mempermudah perdagangan rentas sempadan untuk produk yang diperakui Halal di kedua-dua negara.

Angka perdagangan menyokong kepentingan hubungan ekonomi Malaysia-Indonesia dalam industri Halal, dengan Malaysia mengeksport produk diperakui Halal bernilai RM7.77 bilion ke Indonesia antara 2021 dan 2023.

Mesyuarat meja bulat itu disertai badan-badan utama termasuk JAKIM, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), BPJPH, Komite Nasional Ekonomi dan Kewangan Syariah (KNEKS) dan Kamar Dagang dan Industri Indonesia (KADIN).

-- BERNAMA