BERITA TERKINI   KDN akan gerakkan operasi tangani aktiviti warga asing salah guna pas sosial untuk berniaga di seluruh negara - Saifuddin Nasution | Malaysia komited untuk mematuhi sasaran pengeluaran minyak 2026 yang ditetapkan - Kementerian Ekonomi | Malaysia sokong usaha bersepadu untuk menggalakkan kestabilan pasaran, keselamatan tenaga sebagai rakan yang komited dalam rangka kerja OPEC+ | Malaysia memperkukuh komitmennya terhadap kestabilan tenaga global dan kerjasama strategik pada Mesyuarat Peringkat Menteri OPEC dan Bukan OPEC Ke-41 | Gempa bumi Filipina: Penduduk di Sabah diminta bertenang dan patuhi arahan pihak berkuasa - Hajiji | 
Ad Banner

UDA Holdings Lantik Johari Shukri Jamil Sebagai Presiden/KPE Baharu 

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- UDA Holdings Bhd (UDA) mengumumkan pelantikan Johari Shukri Jamil sebagai presiden/ketua pegawai eksekutif (KPE) berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Mohd Salem Kailany.

Dalam kenyataannya, UDA berkata pengalaman Johari Shukri selama lebih 28 tahun dalam sektor korporat dan kepimpinan, pencapaian dalam perubahan transformasi serta penciptaan nilai diharap dapat menjadi tunjang dalam mengemudi fasa pertumbuhan UDA.

Pengerusi UDA Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata pelantikan itu telah dipersetujui oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Ad Banner
Ad Banner

“Adalah diharapkan Johari Shukri berupaya menyuntik idea dan pembaharuan menerusi dimensi, kaedah dan pendekatan baharu selain mengutamakan objektif asal penubuhan UDA bagi memenuhi agenda pembangunan sosial dan ekonomi Bumiputera,” katanya.

Jawatan lain yang pernah disandang Johari Shukri termasuk sebagai naib presiden eksekutif Pembangunan Perniagaan dan Pejabat Transformasi di Iskandar Investment Bhd selain pelbagai jawatan kanan dalam beberapa syarikat di bawah Johor Corporation.

--BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner