BERITA TERKINI   KDN akan gerakkan operasi tangani aktiviti warga asing salah guna pas sosial untuk berniaga di seluruh negara - Saifuddin Nasution | Malaysia komited untuk mematuhi sasaran pengeluaran minyak 2026 yang ditetapkan - Kementerian Ekonomi | Malaysia sokong usaha bersepadu untuk menggalakkan kestabilan pasaran, keselamatan tenaga sebagai rakan yang komited dalam rangka kerja OPEC+ | Malaysia memperkukuh komitmennya terhadap kestabilan tenaga global dan kerjasama strategik pada Mesyuarat Peringkat Menteri OPEC dan Bukan OPEC Ke-41 | Gempa bumi Filipina: Penduduk di Sabah diminta bertenang dan patuhi arahan pihak berkuasa - Hajiji | 
Ad Banner

Perdagangan Malaysia Naik 2.6 Peratus Kepada RM252.48 Bilion Pada Mei - MITI

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Perdagangan Malaysia meningkat sebanyak 2.6 peratus pada Mei 2025 untuk mencecah RM252.48 bilion, mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun bagi bulan ke-17 berturut-turut sejak Januari 2024.

Menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam kenyataan hari ini, eksport mencatatkan sedikit penurunan sebanyak 1.1 peratus kepada RM126.62 bilion manakala import bertambah 6.6 peratus kepada RM125.86 bilion.

Malaysia mengekalkan lebihan dagangan bagi 61 bulan berturut-turut sejak Mei 2020, dengan nilai RM766.3 juta. 

Ad Banner
Ad Banner

Katanya eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E) terus menunjukkan prestasi kukuh pada Mei 2025, dengan peningkatan hampir RM4 bilion.

“Pencapaian ini sejajar dengan unjuran Perangkaan Perdagangan Semikonduktor Dunia (WSTS) yang menganggarkan peningkatan jualan semikonduktor global sebanyak 11.2 peratus pada 2025,” katanya.

Menurut MITI, sebagai pemain utama dalam rantaian bekalan semikonduktor global, Malaysia dijangka meraih manfaat besar daripada perkembangan ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Bagaimanapun, masih terdapat cabaran perdagangan terutamanya dalam ketidaktentuan keadaan ekonomi global. Meskipun prospek sektor ini kekal positif, pelaksanaan dasar yang proaktif amat penting bagi memastikan kemampanan momentum pertumbuhan ini,” katanya. 

Menurut MITI, perdagangan, eksport dan import mencatatkan rekod nilai kumulatif tertinggi bagi tempoh Januari hingga Mei 2025.

“Perdagangan meningkat 6.2 peratus kepada RM1.23 trilion berbanding tempoh yang sama pada 2024, dengan eksport berkembang sebanyak 5.5 peratus kepada RM638.48 bilion dan import meningkat 6.9 peratus kepada RM591.54 bilion.

“Lebihan dagangan berjumlah RM46.94 bilion, menguncup 9.4 peratus,” katanya.

Katanya eksport ke rakan dagang utama seperti Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) mencatatkan pertumbuhan kukuh manakala eksport ke Taiwan bukan sahaja meningkat, malah mencatat paras tertinggi baharu. 

“Eksport ke negara rakan dagang perjanjian perdagangan bebas (FTA) terutamanya United Kingdom dan New Zealand turut merekodkan pertumbuhan, disokong oleh eksport lebih tinggi bagi barangan perkilangan berasaskan minyak sawit,” katanya.

-- BERNAMA