BERITA TERKINI   KDN akan gerakkan operasi tangani aktiviti warga asing salah guna pas sosial untuk berniaga di seluruh negara - Saifuddin Nasution | Malaysia komited untuk mematuhi sasaran pengeluaran minyak 2026 yang ditetapkan - Kementerian Ekonomi | Malaysia sokong usaha bersepadu untuk menggalakkan kestabilan pasaran, keselamatan tenaga sebagai rakan yang komited dalam rangka kerja OPEC+ | Malaysia memperkukuh komitmennya terhadap kestabilan tenaga global dan kerjasama strategik pada Mesyuarat Peringkat Menteri OPEC dan Bukan OPEC Ke-41 | Gempa bumi Filipina: Penduduk di Sabah diminta bertenang dan patuhi arahan pihak berkuasa - Hajiji | 
Ad Banner

Schneider Electric Kenal Pasti Tiga Bidang Bagi Pacu Kemampanan Dalam Hartanah

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Schneider Electric Industries (Malaysia) Sdn Bhd telah mengenal pasti tiga bidang kritikal yang memerlukan tindakan tegas industri hartanah untuk mengukuhkan kemampanan dan daya tahan, iaitu berdasarkan hasil tinjauan Green Impact Gap 2024 yang dilaksanakannya.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu berkata perubahan iklim bukan lagi sekadar ancaman, tetapi kekal sebagai kebimbangan utama keselamatan tenaga, dan sekatan seperti sumber yang terhad dan daya tahan dalaman berterusan untuk menghalang perkembangan perniagaan.

“Dengan perubahan iklim kini menjadi satu ancaman yang nyata, syarikat perlu beralih daripada pendekatan reaktif kepada strategi proaktif. Dengan memanfaatkan peralatan digital, analisis ramalan dan sistem pengurusan tenaga dan kemampanan yang bersepadu, syarikat boleh memantau risiko secara masa nyata, meramal gangguan dan mengoptimumkan penggunaan tenaga.

Ad Banner
Ad Banner

“Ini akan membolehkan mereka mengurangkan pelepasan karbon, menjimatkan kos dan memenuhi keperluan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang semakin meningkat,” katanya.

Menurut syarikat itu keselamatan tenaga terus menjadi isu yang membimbangkan, sekali gus  menekankan keperluan kepada strategi tenaga yang pelbagai dan berdaya tahan.

“Schneider Electric menyarankan penggunaan tenaga boleh ubah, grid mikro, pengurusan tenaga pintar bagi memastikan usaha kemampanan bukan sahaja berkesan tetapi juga mampan untuk jangka masa panjang,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Selain itu, syarikat tersebut juga mengakui sumber yang terhad dan cabaran dalaman yang dihadapi oleh perniagaan boleh menjejaskan usaha mereka untuk mematuhi Akta Kecekapan dan Konservasi Tenaga (EECA).

“Itulah sebabnya kami bekerjasama rapat dengan rakan kongsi kami untuk menyelaraskan strategi dengan tindakan, mengenal pasti pencapaian awal dan mengintegrasikan elemen kemampanan ke dalam teras operasi syarikat.

“Apabila kemampanan dijadikan keutamaan strategik, ia berupaya memacu nilai jangka panjang yang kukuh. Ketika inilah kami akan memainkan peranan, bukan hanya menyediakan teknologi dan peralatan digital, tetapi juga dengan sokongan menerusi kerjasama, bimbingan dan kepakaran yang dikongsi bersama,” katanya.

-- BERNAMA