BERITA TERKINI   Calon PH Adly Zahari diiringi Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu tiba di Pusat Penamaan Calon DUN Bukit Katil pada 8.40 pagi | PRN Melaka: Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh tiba di pusat penamaan calon DUN Merlimau pada 8.40 pagi | 

Harga Petrol, Diesel Kekal Sehingga 30 Julai Ini

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) --  Harga runcit bagi petrol RON95, RON97 serta diesel kekal masing-masing pada RM2.05, RM3.21 dan RM2.91 seliter bagi tempoh 24 hingga 30 Julai ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan juga tidak berubah, kekal pada kadar RM2.15 seliter dalam tempoh yang sama.

Menurut MOF, penetapan harga tersebut dibuat berdasarkan harga mingguan produk petroleum mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).

Ad Banner
Ad Banner

Kerajaan, melalui MOF, akan terus memantau trend harga minyak dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner