BERITA TERKINI   Ewon Benedick kekal Presiden UPKO bagi penggal 2026-2029 | Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini | PM Anwar kini jalani rawatan fisioterapi, pastikan proses pemulihan berjalan baik - Ketua Pasukan Perubatan PM | PM Anwar selamat jalani pembedahan laparoskopi secara elektif, rawat hernia perut - Ketua Pasukan Perubatan PM | Pelan Strategik Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli 2026-2035 komitmen kerajaan tingkat status kesihatan, kesejahteraan komuniti Orang Asli - Dzulkefly Ahmad | 

YTL Green Data Centre Letak Malaysia Di Peta Global AI - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- YTL Green Data Centre di Kulai, Johor kini meletakkan Malaysia di peta global sebagai hab kecerdasan buatan (AI) dan Pusat Kecemerlangan AI di rantau ASEAN.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pusat data itu merupakan hasil kerjasama strategik antara YTL Power International Bhd dan NVIDIA bagi membangunkan infrastruktur AI berasaskan tenaga hijau.

"Projek mega bernilai RM10 bilion ini bukan sahaja melahirkan model bahasa besar (LLM) berdaulat Malaysia sendiri, tetapi juga merangsang pembangunan bakat dan kepakaran tempatan.

Ad Banner

"Ia sekali gus menjana lebih banyak peluang pekerjaan berteknologi tinggi seperti saintis data dan jurutera AI," katanya dalam catatan di laman Facebook beliau.

Menurut Tengku Zafrul, YTL merupakan salah satu daripada lima rakan NVIDIA Cloud Partner bersama-sama dengan gergasi teknologi global lain seperti Amazon Web Services (AWS), Google Cloud, Microsoft Azure, Oracle Cloud.

"Perjumpaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Jensen Huang, Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA, bukan sekadar sembang kosong! Daripada potensi, kita jadikan realiti," tegas beliau.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA