BERITA TERKINI   PM Anwar menekankan peluasan kerjasama akademik dan penyelidikan Malaysia-Jepun | Malaysia sedang meningkatkan tumpuan kepada elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor serta pelaburan dalam teknologi kuantum - PM Anwar | PM Anwar menggesa syarikat Jepun mengembangkan pelaburan dalam sektor teknologi tinggi di Malaysia | 
Ad Banner

Bursa Malaysia Keluar Pertanyaan UMA Kepada MClean Technologies

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengeluarkan pertanyaan berhubung aktiviti pasaran luar biasa (UMA) kepada MClean Technologies Bhd berikutan kenaikan mendadak harga dan jumlah dagangan sahamnya pagi ini.

Selepas dibuka pada harga 47.5 sen pagi ini, saham syarikat itu meningkat sebanyak 13.97 peratus kepada paras tertinggi 53.0 sen daripada 46.5 sen ketika ditutup semalam.

Dalam satu kenyataan, bursa itu menasihatkan para pelabur untuk memberi perhatian kepada jawapan syarikat terhadap pertanyaan berkenaan yang akan disiarkan di laman web Bursa Malaysia di bawah pengumuman syarikat sebelum membuat keputusan.

Ad Banner
Ad Banner

MClean Technologies merupakan syarikat pegangan pelaburan yang menyediakan perkhidmatan rawatan permukaan, pembersihan berketepatan dan pembungkusan produk merangkumi pemacu cakera keras dan elektronik pengguna hinggalah kepada industri minyak dan gas.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner