BERITA TERKINI   Kanak-kanak lelaki 11 tahun maut akibat kecederaan di kepala dipercayai berpunca senjata api buatan sendiri ‘Ginsok’ di Sook Sabtu lepas - Ketua Polis Daerah Keningau | Polis rampas 42 laras senapang angin, 456 kotak kecil peluru serta tahan lelaki 50 tahun dalam operasi di Sook semalam - Ketua Polis Daerah Keningau | Jerebu: Johor laksana solat hajat di semua masjid dan surau bermula hari ini sehingga keadaan kembali pulih - Exco Mohd Fared | Jerebu: Sekolah di bawah PPD Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat, Sepang, Kuantan dan Rompin turut ditutup esok - Fadhlina | Sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Putrajaya ditutup esok - Fadhlina | 

Defisit Fiskal Malaysia Susut 10.6 Peratus Pada Jan–Ogos, Kekal Di Landasan Capai Sasaran 2025

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Defisit fiskal kumulatif Malaysia mengecil 10.6 peratus tahun ke tahun kepada RM49.4 bilion setakat Ogos 2025, sekali gus memastikan kerajaan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran setahun penuh RM80 bilion atau 3.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

CIMB Investment Bank Bhd dalam laporan Penyelidikan Perbendaharaan dan Pasaran hari ini berkata negara mencatatkan defisit bulanan yang lebih kecil berjumlah RM2.7 bilion pada Ogos -- terendah dalam tempoh 11 bulan -- didorong oleh penurunan hasil sebanyak 0.3 peratus tahun ke tahun dan peningkatan perbelanjaan sebanyak 0.8 peratus tahun ke tahun.

“Hasil meningkat kepada purata RM30 bilion bagi tempoh Julai-Ogos, melonjak daripada RM25 bilion pada separuh pertama 2025 berikutan peluasan pelaksanaan e-invois dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” katanya.

Ad Banner

Laporan itu menambah sentimen pasaran secara keseluruhan kekal berhati-hati di tengah-tengah jangkaan penawaran bon korporat bernilai antara RM10 bilion hingga RM15 bilion pada bulan ini dan pembukaan semula lelongan 07/55 Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 30 tahun yang dijadualkan pada Isnin (6 Okt).

Ini akan menandakan terbitan terakhir bagi tempoh 30 tahun untuk tahun ini, merangkumi tender awam bernilai RM3 bilion dan penempatan persendirian berjumlah RM2 bilion.

Mengenai Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan pada 10 Okt, CIMB berkata kerajaan dijangka mengimbangi langkah bersifat akomodatif dengan pengukuhan fiskal yang berterusan, serta unjuran defisit yang lebih kecil sebanyak 3.6 peratus daripada KDNK.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Ia berkata ruang fiskal disokong oleh pertumbuhan hasil melalui asas cukai yang lebih luas dan penggunaan semula subsidi tenaga kepada pemindahan tunai bagi menyokong perbelanjaan isi rumah, manakala perbelanjaan pembangunan dijangka meningkat pada tahun pertama Rancangan Malaysia Ke-13.

-- BERNAMA