BERITA TERKINI   Pelantikan firma audit bebas selaras saranan Perdana Menteri, SPRM serta Jawatankuasa Khas Hala Tuju 2030 - FELDA | FGV lantik firma audit bebas teliti perkara khusus libatkan sebuah entiti yang mempunyai hubungan korporat dengan kumpulan - FELDA | Remaja lelaki bebas tuduhan bunuh pelajar perempuan di PJ, Mahkamah Tinggi Shah Alam perintahkan ditempatkan di Hospital Bahagia | Pengarah Pengurusan PDRM Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid dilantik Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 9 Sept - Saifuddin | Kertas siasatan dakwaan MB Negeri Sembilan dipaksa tandatangan Surat Cara Proklamasi telah dibuka dan masih dalam proses siasatan -- Saifuddin Nasution | 

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) --  Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, mencerminkan kekuatan baharu dalam dolar Amerika Syarikat (AS) dalam persekitaran ketegangan perdagangan yang berlanjutam antara AS dan China.

Pada 6 petang, mata wang tempatan turun kepada 4.2265/2295 berbanding dolar AS daripada 4.2200/2260 ketika ditutup pada Jumaat.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) meningkat 0.21 peratus kepada 99.185 mata berikutan kebimbangan terhadap hubungan AS-China kelihatan reda susulan kenyataan Presiden Donald Trump pada hujung minggu.

Menurut laporan, Trump berkata AS akan mengenakan tarif 100 peratus ke atas import dari China, bersama-sama dengan sekatan terhadap eksport teknologi, mulai 1 November, 2025, atau lebih awal, bergantung kepada respons daripada China.

Mohd Afzanizam berkata pelabur kekal berhati-hati dengan keadaan perdagangan dan penutupan kerajaan AS yang berlanjutan yang mempunyai keterlihatan data terhad untuk Rizab Persekutuan (Fed) AS menjelang mesyuaratnya pada akhir bulan.

Ad Banner
Ad Banner

“Justeru, pertukaran dolar AS-ringgit dijangka diniagakan antara RM4.22 hingga RM4.23,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, pada penutupan, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan rendah berbanding euro kepada 4.9006/9041 daripada 4.8838/8907 ketika ditutup pada Jumaat, merosot berbanding yen Jepun kepada 2.7775/7796 daripada 2.7618/7659 dan berkurangan berbanding pound Britain kepada 5.6369/6409 daripada 5.6084/6164 sebelumnya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN lain.

Ia merosot berbanding baht Thailand kepada 12.9878/13.0030 daripada 12.8942/9184, susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2562/2587 daripada 3.2494/2543, turun berbanding peso Filipina kepada 7.26/7.26 daripad 7.24/7.26, rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 255.0/255.3 from 254.6/255.1 sebelum itu.

-- BERNAMA