BERITA TERKINI   PM Anwar ucap tahniah kepada UM, duduki kelompok 200 terbaik dalam Times Higher Education World University Rankings 2027 | Konflik Asia Barat: Malaysia, Qatar senada perang mesti dihentikan, bantuan kemanusiaan disegerakan dan ikhtiar damai diperkukuh - PM Anwar | Malaysia terus dukung usaha diplomatik bersama Qatar, rakan serantau untuk keamanan berkekalan - PM Anwar | Malaysia dan Qatar senada perang mesti dihentikan - PM Anwar | Harga petrol RON97, RON95 tanpa subsidi turun 5 sen, diesel tanpa subsidi turun 15 sen bagi tempoh 1 hingga 7 Okt - MOF | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menyusut pada Isnin apabila satu lagi pusingan aktiviti pengambilan untung melanda pasaran, dengan tanda-tanda ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) - China yang semakin reda, sekali gus mengurangkan permintaan ke atas aset selamat.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kepada Bernama bahawa ketegangan perdagangan yang semakin reda telah mengurangkan faktor risiko yang sebelum ini mendorong kenaikan harga emas, menyebabkan pelabur mengambil keuntungan menjelang mesyuarat bank pusat utama. 

Ad Banner

Kontrak semerta bulan Oktober 2025 ditutup pada US$4,041.1 setiap auns troy, merosot daripada US$4,074.10 pada Jumaat, manakala kontrak November 2025 berkurang kepada US$4,057.8 daripada US$4,090.80, dan kontrak Disember 2025 susut kepada US$4,074.4 daripada US$4,107.40.

Niaga hadapan Januari 2026 merosot kepada US$4,091.4 setiap auns troy daripada US$4,124.40, dengan kontrak Februari, April dan Jun 2026 juga ditutup lebih rendah, iaitu pada US$4,107.3 berbanding US$4,140.30 sebelumnya. 

Jumlah dagangan meningkat kepada 337 lot daripada 275 lot pada Jumaat, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 392 kontrak daripada 346.

Ad Banner
Ad Banner

Mengikut penetapan London Bullion Market Association, harga emas fizikal berada pada US$4,104.40 setiap auns troy pada 24 Okt, 2025.

-- BERNAMA