BERITA TERKINI   PM Anwar ucap tahniah kepada UM, duduki kelompok 200 terbaik dalam Times Higher Education World University Rankings 2027 | Konflik Asia Barat: Malaysia, Qatar senada perang mesti dihentikan, bantuan kemanusiaan disegerakan dan ikhtiar damai diperkukuh - PM Anwar | Malaysia terus dukung usaha diplomatik bersama Qatar, rakan serantau untuk keamanan berkekalan - PM Anwar | Malaysia dan Qatar senada perang mesti dihentikan - PM Anwar | Harga petrol RON97, RON95 tanpa subsidi turun 5 sen, diesel tanpa subsidi turun 15 sen bagi tempoh 1 hingga 7 Okt - MOF | 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Didorong Aktiviti Belian Saham Pada Harga Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, meningkat semula daripada penurunan baru-baru ini berikutan keadaan terlebih jual mendorong aktiviti belian saham pada harga rendah.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.21 mata atau 0.43 peratus kepada 1,651.17 daripada 1,643.96 semasa ditutup pada Selasa.

Ad Banner

Indeks petunjuk pasaran, yang dibuka tinggi 2.53 mata kepada 1,646.49 bergerak antara 1,645.03 dan 1,657.41 sepanjang sesi dagangan.

Pasaran secara menyeluruh negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 703 berbanding 413 manakala 572 kaunter tidak berubah, 1,167 tidak diniagakan dan 95 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 3.63 bilion unit bernilai RM3.62 bilion daripada 3.31 bilion unit bernilai RM2.95 bilion pada Selasa.

Ad Banner
Ad Banner

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pasaran tempatan yang pulih masih tidak menentu berikutan pelabur menantikan data indeks harga Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) Amerika Syarikat (AS) bagi Ogos, petunjuk inflasi utama yang dapat menentukan sama ada penurunan hasil bon baru-baru ini akan berterusan.

Pada peringkat domestik, katanya beliau mengekalkan pendirian berhati-hati memandangkan hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun kekal tinggi manakala ketegangan geopolitik di Asia Barat masih belum selesai.

“Bagaimanapun, pembetulan pasaran baru-baru ini telah menjadikan penilaian saham mewah yang terpilih berada pada tahap lebih menarik yang akan memberikan sokongan dan menggalakkan aktiviti belian saham pada harga rendah.

“Justeru, kami menjangka minat belian akan kembali secara berperingkat kepada saham yang kukuh pada asasnya walaupun pemulihan pasaran yang berterusan mungkin memerlukan persekitaran luaran yang lebih menggalakkan,” katanya kepada Bernama.

Oleh itu, katanya beliau menjangka FBM KLCI diniagakan dalam julat antara 1,640 dan 1,670 pada sepanjang minggu ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank mendatar pada RM9.99, Public Bank menurun dua sen kepada RM4.70, CIMB menambah satu sen kepada RM7.79, Tenaga Nasional meningkat 24 sen kepada RM12.96 dan IHH Healthcare menurun empat sen kepada RM7.83.

Dalam dagangan aktif, Zetrix AI berkurangan setengah sen kepada 16 sen, V.S Industry naik 4.5 sen kepada 28 sen, Jaks Resources menambah 1.5 sen kepada 20.5 sen, Gamuda melonjak 20 sen kepada RM5.18 dan Aimax tidak berubah pada 0.5 sen.

Kaunter paling untung ialah Nestle naik RM1.00 kepada RM90.00, Allianz Malaysia meningkat 76 sen kepada RM21.62, UWC menambah 27 sen kepada RM7.07, United Plantations menokok 24 sen kepada RM31.56 dan Petronas Gas naik 22 sen kepada RM17.40.

Kaunter paling rugi termasuklah Hengyuan Refining menurun 78 sen kepada RM3.56, Malaysian Pacific Industries berkurangan 40 sen kepada RM40.40, Kuala Lumpur Kepong merosot 30 sen kepada RM22.20, Genting Plantations menyusut 24 sen kepada RM5.53 dan Eurospan menurun 23 sen kepada RM3.01.

Di papan indeks, Indeks FBM Mid 70 berkurangan 35.42 mata kepada 17,574.67 manakala Indeks FBM Emas meningkat 26.55 mata kepada 12,292.02 dan Indeks FBM Top 100 naik 32.90 mata kepada 12,084.44.

Indeks FBM Emas Shariah melonjak 48.73 mata kepada 12,176.35 dan Indeks FBM ACE menambah 5.70 mata kepada 5,534.28.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menurun 0.45 mata kepada 180.41, Indeks Tenaga berkurangan 23.00 mata kepada 845.70, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 44.35 mata kepada 19,216.49 dan Indeks Perladangan merosot 19.67 mata kepada 9,196.67.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 2.23 bilion unit bernilai RM3.28 bilion daripada 1.88 bilion unit bernilai RM2.58 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran menurun kepada 887.74 juta unit bernilai RM138.36 juta daripada 978.19 juta unit bernilai RM190.60 juta sebelum ini.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 510.54 juta unit bernilai RM201.45 juta daripada 447.33 juta unit bernilai RM181.49 juta semalam.

Kaunter barangan dan perkhidmatan pengguna menyumbang sebanyak 305.02 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (444.15 juta), pembinaan (260.99 juta), teknologi (508.99 juta), perkhidmatan kewangan (82.21 juta), hartanah (177.39 juta), perladangan (42.72 juta),  amanah pelaburan hartanah (33.25 juta), dana tertutup (95,200), tenaga (148.83 juta), penjagaan kesihatan (101.96 juta), telekomunikasi dan media (31.08 juta), pengangkutan dan logistik (50.60 juta), utiliti (45.46 juta) dan amanah perniagaan (144,200).

-- BERNAMA