BERITA TERKINI   RT Pastry Holdings Bhd mula disenaraikan di Pasaran ACE pada 17.5 sen, berkurangan 0.5 sen daripada harga IPO sebanyak 18 sen, dengan 68.28 juta saham diniagakan | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki prestasi niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur, menurut seorang peniaga.

Sentimen pasaran semakin terjejas berikutan kemelesetan dalam ekonomi Amerika Syarikat akibat penutupan kerajaan yang berpanjangan.

Ad Banner

"Bagaimanapun, kerugian selanjutnya telah dihadkan oleh keuntungan dalam harga minyak mentah, kebimbangan bekalan getah susulan hujan lebat di negara-negara pengeluar getah asli utama termasuk pengenalan insentif untuk membeli kenderaan elektrik (EV) di United Kingdom.

"Kerajaan Britain dijangka memperkenalkan pakej 1.5 bilion pound (RM8.3 bilion) bagi mempercepatkan peralihan ke EV," katanya kepada Bernama.

Beliau juga menambah Jabatan Meteorologi Thailand telah meramalkan hujan lebat akan berterusan di selatan Thailand hari ini, dengan liputan 70 peratus.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan bahawa harga SMR 20 menurun sebanyak 3.0 sen kepada 727.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal menyusut satu sen kepada 576.0 sen sekilogram.

-- BERNAMA