BERITA TERKINI   PRN Johor: DUN Pasir Raja menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PH, PN dan BN - Pegawai pengurus | Sebanyak 26 permit kempen bagi PRN Johor diluluskan setakat ini - Ketua Polis Johor | Parti politik diingatkan berkempen dengan berhemah, jangan timbulkan situasi boleh gugat keselamatan dan ketenteraman awam -- Ketua Polis Johor | Proses penamaan calon bagi PRN Johor berjalan lancar tanpa sebarang insiden atau kekecohan - Ketua Polis Johor | PRN Johor: DUN Bukit Kepong menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara PH, BN dan PN - Pegawai Pengurus | 

Malaysia Capai Pertumbuhan Ekonomi Berdaya Tahan Pada 2025 - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Malaysia menunjukkan pertumbuhan ekonomi yang positif dan berdaya tahan tahun ini seperti ditunjukkan menerusi prestasi lebih kukuh berbanding jangkaan pada suku ketiga 2025, menurut Bank Dunia.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Apurva Sanghi berkata pertumbuhan Malaysia pada kira-kira empat peratus bagi ketiga-tiga suku tahun ini adalah amat positif.

“Situasi dunia tidak begitu baik dengan pertumbuhan yang perlahan, pelaburan tidak berkembang dan hutang yang meningkat. Jadi, daripada perspektif itu, Malaysia berada dalam keadaan yang agak baik,” katanya kepada pemberita di luar Persidangan Tinjauan Ekonomi Negara (NEOC) di sini, hari ini.

Ad Banner

Beliau berkata bagaimanapun, cabaran global termasuk kelembapan pertumbuhan dunia, aliran pelaburan yang lemah dan aliran pelaburan langsung asing (FDI) yang semakin berkurangan ke negara yang sedang akan menjadikan tempoh 2026 lebih mencabar.

“Jadi, kita akan lihat angka prestasi suku keempat nanti, dan kami akan membuat kemas kini seterusnya pada April. Bagaimanapun, berita baiknya apabila ketiga-tiga tempoh suku itu menunjukkan pertumbuhan yang cukup berdaya tahan tahun ini. Ujian sebenar adalah tahun depan,” katanya.

Pada Oktober lepas, Bank Dunia menaikkan unjuran bagi pertumbuhan ekonomi Malaysia 2025 kepada 4.1 peratus berbanding unjuran awal pada 3.9 peratus.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau yang mengakui peningkatan aliran masuk FDI ke Malaysia yang kebanyakannya dipacu oleh pelaburan pusat data berkata pembuat dasar perlu menilai sumbangan jangka masa panjang pelaburan itu kepada pekerjaan dan kemampanan.

Apurva yang memuji program rasionalisasi subsidi kerajaan yang sedang dilaksanakan berkata pembaharuan tarif air, penggunaan elektrik berskala besar oleh industri, diesel, ayam dan telur sebagai tanda strategi yang dilaksanakan dengan baik.

Semasa perbincangan panel mengenai Tinjauan Ekonomi Malaysia, Asia dan Dunia 2026-2027, Apurva mencadangkan bahawa Malaysia perlu mengurangkan tarif bagi semua rakan dagang.

“Jika anda mengurangkan tarif…maka…perlu mengurangkan tarif secara tidak berdiskriminasi.  Malaysia hanya menghapuskan halangan untuk Amerika Syarikat. Ini baik untuk pembeli Malaysia, tetapi perlu untuk tidak memihak, kurangkan tarif untuk semua rakan dagang,” katanya.

-- BERNAMA