BERITA TERKINI   PRN Melaka: Pengumuman calon PH ditangguh ke 24 Okt atas permintaan kepimpinan negeri, bukan isu permit atau lokasi - Fahmi | PRN Melaka: Perbincangan senarai calon PH selesai lebih 95 peratus - Fahmi | Jerebu: Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah, perlu maklumkan ketidakhadiran - JPWPKL | Semua institusi pendidikan bawah KPM di Kuala Lumpur beroperasi secara bersemuka esok, aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan - JPWPKL | Pelabur China berminat bawa pelaburan aluminium berskala besar ke Samalaju, Sarawak - TPM Ahmad Zahid | 

Ringgit Ditutup Rendah Susulan Pengukuhan Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan data ekonomi AS yang kukuh meningkatkan dolar AS.

Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.0555/0605 berbanding dolar AS daripada penutupan Khamis pada 4.0535/0595.

Ad Banner

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata bahawa ringgit secara amnya berada pada kedudukan lebih kukuh berbanding dolar AS pada sesi dagangan awal hari ini bagaimanpun ia memberi ruang kepada beberapa aktiviti pengambilan untung.

Beliau berkata walaupun ringgit mungkin kelihatan mempunyai lebih banyak peluang untuk meningkat, halangan utama sekarang ialah bagaimana pedagang dan pelabur melihat dolar AS pada masa depan.

“Tuntutan data pengangguran awal (terkini) telah menunjukkan bahawa keadaan pasaran buruh di AS kekal kukuh. Oleh itu, Rizab Persekutuan (Fed) AS cenderung untuk mengekalkan kadar faedah penanda aras yang stabil apabila ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) bermesyuarat pada akhir bulan ini,” katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada penutup, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kebanyakan mata wang utama lain.

Unit tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.5637/5670 daripada 2.5594/5633 ketika ditutup semalam, naik berbanding euro kepada 4.7076/7134 daripada 4.7167/7236 dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4332/4399 daripada 5.4467/4548.

Ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang tempatan melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.1479/1521 daripada 3.1491/1540 tetapi turun berbanding rupiah Indonesian kepada 240.1/240.5 daripada 239.9/240.3, menguncup berbanding peso Filipina kepada 6.83/6.84 daripada 6.81/6.83 dan berkurangan berbanding baht Thailand kepada 12.9115/9332 daripada 12.9096/9349.

-- BERNAMA