BERITA TERKINI   Malaysia tidak akan sewenang-wenangnya hantar pulang pelarian Myanmar, proses berkenaan perlukan rundingan - PM | Malaysia adakan rundingan diplomatik dengan Myanmar mengenai penghantaran pulang pelarian, junjung hak asasi manusia - PM | PM Anwar akan bincang dengan Anthony Loke berhubung peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan | PM Anwar umum 29 Sept setiap tahun sebagai Hari Ikhtisas Malaysia | Golongan profesional perlu bantu tingkat produktiviti, perkukuh tadbir urus negara - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis meskipun terdapat ketidakpastian yang berterusan berhubung dasar tarif Amerika Syarikat (AS) dan rundingan AS dengan Iran.

Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer dilaporkan berkata kadar tarif AS untuk beberapa negara akan meningkat kepada 15 peratus atau lebih daripada 10 peratus. Bagaimanapun, beliau tidak menamakan negara rakan dagang yang terlibat dengan kenaikan itu.

Ad Banner

Sementara itu, pegawai AS dan Iran berada di Geneva, Switzerland hari ini untuk pusingan ketiga rundingan nuklear tidak langsung.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes memberitahu Bernama bahawa emas agak tidak menentu hari ini, bergerak dalam julat yang agak terhad ketika para peniaga bergelut dengan ketidakpastian sama ada ketegangan dengan Iran akan memuncak lagi.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Februari 2026 merosot kepada US$5,183.80 setiap auns troy daripada US$5,190.30 setiap auns troy semalam.

Ad Banner
Ad Banner

Kontrak Mac susut kepada US$5,202.80 setiap auns troy daripada US$5,209.30 setiap auns troy pada Rabu, manakala kontrak April dan Mei masing-masing turun kepada US$5,221.00 setiap auns troy daripada US$5,227.50 setiap auns troy.

Kontrak Jun dan Ogos 2026 turut ditutup lebih rendah kepada US$5,254.90 setiap auns troy, daripada US$5,261.40 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan menguncup kepada sembilan lot daripada 19 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka turun kepada 86 kontrak daripada 101 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada US$5,191.55 setiap auns troy berdasarkan penetapan oleh London Bullion Market Association pada 25 Februari, 2026.

-- BERNAMA