BERITA TERKINI   Pelan Strategik Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli 2026-2035 komitmen kerajaan tingkat status kesihatan, kesejahteraan komuniti Orang Asli - Dzulkefly Ahmad | TPM Ahmad Zahid harap pindaan Akta Orang Asli 1954 dapat dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang | Klinik kesihatan di 628 perkampungan Orang Asli di seluruh negara disasar dinaiktaraf menjelang 2035 - Ahmad Zahid | Kerajaan akan beri lebih penekanan kepada “Ekonomi Rakyat” pastikan prestasi ekonomi dirasai dan dinikmati rakyat - Fahmi | ADUN Nilai J. Arul Kumar dilantik Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa hari ini (10 Ogos) - Loke | 

Keahlian KWSP Meningkat Kepada 18.1 Juta Pada 2025 - CEO Ahmad Zulqarnain

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Keahlian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meningkat kepada 18.1 juta, disokong oleh penyertaan tenaga kerja yang lebih meluas termasuk pekerja bukan warganegara Malaysia.

Bilangan ahli aktif meningkat kepada 10.6 juta, sekali gus menambah baik nisbah ahli aktif kepada tidak aktif kepada 59:41.

“Keahlian KWSP catat pertumbuhan luar biasa kepada 18.1 juta (2024: 16.2 juta) didorong oleh perubahan dalam dasar carumannya untuk pekerja bukan warganegara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Zulqarnain Onn pada pengumuman dividen KWSP 2025 hari ini.

Ad Banner

Pendaftaran baharu kekal kukuh dengan 2.8 juta ahli baharu dan 89,649 majikan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan majikan aktif sebanyak 640,391.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner