BERITA TERKINI   Malaysia, Australia setuju perkukuh kerjasama teknikal antara Petronas dan pihak berkaitan Australia bagi pastikan kestabilan bekalan tenaga - PM Anwar | Malaysia kekal teguh pendirian terhadap Palestin, hargai sokongan Australia terhadap bantuan kemanusiaan serta usaha penyelesaian secara aman - PM Anwar | Bank Rakyat umum bayar dividen 18 peratus berjumlah RM534.7 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2025 | Golden Destinations yang baru disenaraikan di Pasaran ACE, dibuka pada 49 sen iaitu premium empat sen daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) dengan 15 juta saham diniagakan  | 
Ad Banner

KSL Perkenal Perbandaran Dengan GDV RM15 Bilion, Riveria Garden Di JS-SEZ

JOHOR BAHRU, 2 Mac (Bernama) -- KSL Holdings Bhd telah memperkenalkan perbandaran terbesarnya yang terletak di kawasan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), Riveria Garden yang memiliki nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak  RM15 bilion (GDV) di Iskandar Puteri.

Pemaju hartanah itu melalui satu kenyataan berkata perbandaran seluas 415.27 hektar tersebut akan meningkatkan jejak pembangunan kumpulan itu di Johor selain dijangka akan menyokong pertumbuhan jangka panjangnya dalam 15 hingga 20 tahun akan datang.

Fasa pertama seluas 40.6 hektar projek itu akan dimulakan pada tahun ini dengan anggaran GDV sebanyak RM2.03 bilion, merangkumi 1,074 unit kediaman bertanah, 2,160 pangsapuri servis dan 82 unit runcit bagi memenuhi permintaan pemilikan rumah yang semakin mendesak.

Ad Banner

Pengarah Eksekutif Khoo Lee Feng berkata Riveria Garden mewakili pencapaian penting Iskandar Puteri, ia merupakan perbandaran yang diilhamkan oleh alam semula jadi, mampan diri yang sejajar dengan matlamat serantau JS-SEZ.

"Selepas mencapai RM1.35 bilion dalam jualan hartanah tahun lepas, aliran di seluruh kumpulan kami yang teguh kini menyokong penanda aras jualan RM1.6 bilion tahun ini. Pelan induk Riveria Garden akan meningkatkan KSL ke skala baharu dan meningkatkan keterlihatan pertumbuhan jangka panjang kami.

"Kami juga berada pada kedudukan yang baik untuk mengubah visi seluas 415.27 hektar itu menjadi destinasi yang akan memacu JS-SEZ sambil mendorong nilai jangka panjang, dengan warisan pembangunan yang menjangkau lebih empat dekad di Johor," katanya.

Ad Banner
Ad Banner

Riveria Garden direka bentuk sebagai perbandaran berpusatkan alam semula jadi yang menampilkan taman berlandskap tepi sungai dan kelab kesihatan bernilai RM20 juta yang bertujuan mempromosikan gaya hidup yang mampan serta berfokuskan komuniti.

Komponen kediaman fasa satu termasuk siri Aluna, yang terdiri daripada 530 unit rumah teres dua tingkat kontemporari (20kakix70kaki), manakala siri Elora menampilkan 544 unit rumah kluster dua tingkat hadapan lebar (32kakix70kaki), yang disasarkan terutamanya kepada penghuni pemilik.

Fasa pertama ini juga mewujudkan hab bertingkat tinggi dan peruncitan merentasi presint komersial seperti Riverhaus dan Riverpoint, menampilkan 2,160 pangsapuri servis serta 82 kedai runcit, ia menyediakan kemudahan gaya hidup yang komprehensif.

Kesalinghubungan ini dijangka akan dipertingkatkan lagi dengan siapnya persimpangan Lebuhraya Sultan Ismail dan Kota Iskandar bulan ini, ia akan menyediakan akses lancar ke Lebuhraya Pantai Iskandar dan merapatkan jarak kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Malaysia-Singapura hanya 10 hingga 15 minit pemanduan.

Perbandaran ini disokong oleh kemudahan sedia ada seperti LEGOLAND Malaysia Resort dan Kelab Golf Horizon Hills, serta penjagaan kesihatan dan institusi pendidikan swasta di kawasan sekitar.

KSL berkata pelancaran berbilang fasa Riveria Garden dalam tempoh 15 hingga 20 tahun akan datang dijangka menyumbang kepada pertumbuhan jangka panjang kumpulan sambil meletakkan perbandaran itu sebagai destinasi kediaman utama dalam JS-SEZ.

-- BERNAMA