BERITA TERKINI   Gempa bumi 7.5 magnitud di Jepun: Loji nuklear Fukushima Daiichi, Daini tidak melaporkan sebarang keabnormalan - Kyodo | Gempa bumi 7.5 magnitud di Jepun: Loji nuklear Fukushima Daiichi, Daini tidak melaporkan sebarang keabnormalan - Kyodo | Jepun gantung perkhidmatan kereta api laju Tokyo-Aomori susulan gempa bumi 7.5 magnitud - lapor Kyodo | Magnitud gempa bumi di Jepun disemak semula kepada 7.5; tsunami dikesan di luar pesisir Iwate dan Aomori di Lautan Pasifik - lapor Kyodo | Gempa bumi kuat berukuran 7.4 magnitud landa luar pesisir timur laut dan utara Jepun pada Isnin, amaran tsunami dikeluarkan, lapor media | 
Ad Banner

Mah Sing Meterai Perjanjian Tambahan Bagi Pembelian Tanah Di Johor

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Anak syarikat Mah Sing Group Bhd, M Industrial Development Sdn Bhd, memeterai perjanjian tambahan untuk meminda terma tertentu berkaitan cadangan pembelian tanah pegangan bebas di Kulai, Johor daripada unit Kuala Lumpur Kepong Bhd, Aura Muhibah Sdn Bhd.

Antara lain, jumlah keluasan tanah diubah kepada 419.17 ekar daripada 419.15 ekar, namun harga pembelian sebanyak RM273.87 juta adalah kekal, menurut pemaju hartanah itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mah Sing menjelaskan perjanjian jual dan beli (SPA) tambahan dan perjanjian pengurusan projek (PMA) tambahan dimeterai hari ini untuk mengubah susunan pecah sempadan tanah induk tersebut.

Ad Banner
Ad Banner

Pecah sempadan itu akan diubah kepada enam bidang daripada dua bidang sebelum ini, atau kepada bilangan lain seperti dipersetujui bersama oleh pihak terlibat, katanya.

Susulan perubahan tersebut, jumlah keluasan tanah telah diselaraskan sedikit kepada 419.17 ekar.

Bagaimanapun, nilai pasaran tanah itu kekal pada RM274 juta.

Ad Banner
Ad Banner

Sebelum ini, pembelian tanah itu diumumkan pada 19 Dis, 2025 dan 16 Feb, 2026, dan dijangka menyokong pembangunan industri dengan anggaran nilai pembangunan kasar RM2.26 bilion.

Kecuali perubahan pecah sempadan bidang tanah itu, semua peruntukan lain dalam SPA dan PMA tidak berubah dan berkuat kuasa sepenuhnya antara pihak masing-masing.

-- BERNAMA