BERITA TERKINI   PRN Melaka: Ab Rauf, Akmal Saleh, Mohd Noor Helmy kekal bertanding di DUN masing-masing | Pengacara Bernama TV Muhammad Dinnie Asyraf Salim dinobatkan Pengacara TV Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2026 | Young Tigers tewaskan Pakistan menerusi penentuan penalti, tamatkan penantian 13 tahun juarai Piala Sultan Johor (SoJC) | ASA 2026 iktiraf sumbangan warga industri penyiaran dalam menyampaikan maklumat dan menghasilkan hiburan berkualiti - Fahmi | Permohonan Dana Kandungan Kreatif (DKK) berjumlah RM15 juta bagi enam kategori di bawah FINAS dibuka mulai 16 Nov - Fahmi | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, sejajar dengan penurunan dalam niaga hadapan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd, David Ng berkata harga minyak mentah yang lebih lemah turut mempengaruhi sentimen pasaran.

Ad Banner

"Kami melihat harga disokong melebihi paras RM4,700 dan rintangan pada RM4,850 satu tan," katanya kepada Bernama.

Pada penutupan, kontrak April 2026 dan Mei 2026 turun RM64 satu tan kepada RM4,665 serta RM4,733 satu tan dan Jun 2026 berkurangan sebanyak RM59 kepada RM4,769 satu tan.

Julai susut RM58 kepada RM4,770 satu tan, Ogos 2026 merosot RM61 kepada RM4,745 satu tan dan September 2026 adalah RM65 lebih rendah kepada RM4,711 satu tan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan melonjak kepada 172,873 lot berbanding 109,419 lot yang dicatatkan semalam, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 252,970 kontrak daripada 246,071 kontrak.

Harga fizikal MSM bagi April Selatan menurun sebanyak RM30 kepada RM4,720 satu tan.

-- BERNAMA