BERITA TERKINI   Kerajaan laksana penstrukturan semula kurikulum TVET tahun ini - TPM Ahmad Zahid | Kerajaan akan lancar TVET 2.0, tumpu industri berteknologi tinggi - TPM Ahmad Zahid | MB Terengganu Ahmad Samsuri dilantik sebagai Ketua Pembangkang - Setiausaha Agung PN | Hari Muzium Antarabangsa: 19 muzium dibuka percuma kepada rakyat Malaysia pada 18 Mei ini ⁠- Aaron | PM Anwar lancar Skim PADURI MADANI, dana RM230 juta untuk usahawan wanita B40 | 
Ad Banner
Ad Banner

MBSB IB Kekal Pandangan Positif Sektor Pembinaan, Didorong Permintaan Berdaya Tahan

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) mengekalkan pandangan positif terhadap sektor pembinaan, disokong oleh permintaan sektor swasta yang kekal kukuh serta pelaksanaan projek awam yang semakin rancak.

Dalam nota penyelidikannya, MBSB IB berkata meskipun kos pembinaan meningkat susulan tekanan inflasi, kesannya terhadap pendapatan sektor dijangka masih terkawal, khususnya bagi kontraktor besar yang mempunyai perlindungan kontrak lebih kukuh serta komposisi projek yang lebih menguntungkan.

Permintaan bagi pusat data juga kekal kukuh secara struktur, dengan kontraktor terus memperoleh kontrak berskala besar sebagai sebahagian daripada ledakan pembangunan infrastruktur digital di Asia Tenggara, didorong oleh permintaan pajakan yang mantap, daya saing kos dan hubungan jangka panjang dengan pelanggan.

Ad Banner
Ad Banner

Bank pelaburan itu menjangkakan kejelasan pendapatan akan terus mengukuh menghampiri 2026, disokong aliran projek industri yang aktif serta pelaksanaan pelan infrastruktur awam berbilang tahun di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Ini merangkumi pengembangan infrastruktur pengangkutan awam berskala besar, projek tebatan banjir, serta peruntukan pembangunan Persekutuan yang diunjurkan sebanyak RM430 bilion, disokong tambahan RM120 bilion daripada syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan RM61 bilion daripada kerjasama awam-swasta (PPP) serta modal swasta.

Bagi sektor pembinaan, pilihan utama MBSB IB dengan saranan ‘beli’ ialah Gamuda (harga sasaran: RM5.60), Sunway Construction Group (RM7.30), IJM Corporation (RM3.10) dan Malayan Cement (RM10.00).

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA