BERITA TERKINI   PRN Melaka: Pengumuman calon PH ditangguh ke 24 Okt atas permintaan kepimpinan negeri, bukan isu permit atau lokasi - Fahmi | PRN Melaka: Perbincangan senarai calon PH selesai lebih 95 peratus - Fahmi | Jerebu: Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah, perlu maklumkan ketidakhadiran - JPWPKL | Semua institusi pendidikan bawah KPM di Kuala Lumpur beroperasi secara bersemuka esok, aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan - JPWPKL | Pelabur China berminat bawa pelaburan aluminium berskala besar ke Samalaju, Sarawak - TPM Ahmad Zahid | 

Shell Malaysia Utamakan Kesinambungan Bekalan Bahan Api Dalam Rangkaian Runcit

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Shell Malaysia Trading Sdn Bhd memberi keutamaan kepada usaha memastikan kesinambungan bekalan bahan api dalam rangkaiannya, selaras dengan pengumuman terkini oleh kerajaan.

Shell Malaysia juga berusaha untuk memastikan bekalan bahan api yang konsisten di semua stesennya.

“Mungkin terdapat peningkatan permintaan sementara, yang boleh mengakibatkan kekurangan bahan api secara sementara di beberapa stesen.

Ad Banner

“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami oleh para pelanggan. Kami akan terus berusaha memulihkan bekalan di stesen-stesen yang terjejas secepat mungkin,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Selasa lepas, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) meneliti langkah mempelbagaikan sumber input bahan api, memperkukuh kerjasama dengan negara dagang utama serta memastikan keterjaminan bekalan negara dalam mengharungi krisis tenaga global.

Beliau berkata kerajaan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ketahanan bekalan negara.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA