BERITA TERKINI   Malaysia negara pertama di dunia tubuh Tribunal Anti-Buli, selaras komitmen Kerajaan MADANI kekang budaya buli - Azalina | PRN Johor: KDN beri jaminan pergerakan rakyat Johor bekerja di Singapura untuk pulang mengundi berjalan lancar - Saifuddin Nasution | PRN Johor : Pakatan Harapan akan lancar manifesto dalam masa terdekat - Saifuddin Nasution | Kerajaan peruntuk RM1.5 juta kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia bantu golongan memerlukan dapatkan representasi guaman, pembelaan hak di Mahkamah Syariah - PM Anwar | PRN Johor : BN dan PH tanding 56 DUN, PN (33), Bersama (15), MUDA (4), bebas (6), Parti Orang Asli Malaysia (satu) dan PSM (satu) - SPR | 

Kekuatan Institusi Kewangan Jadi Asas Sistem Ekonomi Negara Dalam Hadapi Krisis Asia Barat - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kekuatan institusi kewangan negara yang mendukung aspirasi nasional menjadi asas kepada sistem ekonomi Malaysia terutamanya dalam menghadapi ketidaktentuan berikutan krisis Asia Barat.

Sambil menyatakan penghargaan, Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi kewangan dalam negara telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam menjayakan langkah-langkah yang wajar sekali gus meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.

“Saya mulakan dengan menyatakan penghargaan kerana bank telah memberikan kerjasama yang baik. Kita tahu isu yang dibangkitkan oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tentang keupayaan untuk mendapatkan pinjaman.

Ad Banner

“Sepertimana kita tahu, rekod itu membanggakan apabila kadar kelulusan pembiayaan PMKS adalah kira-kira 80 peratus,” kata beliau selepas mempengerusikan sesi meja bulat bersama 20 wakil institusi kewangan dalam negara di sini hari ini.

Turut hadir Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa bersiap siaga dan bersedia mengambil langkah baharu bagi mempertahankan kedudukan dan pertumbuhan ekonomi susulan impak daripada krisis Asia Barat.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Saya belajar daripada pengalaman krisis 90-an (dan) COVID-19 bahawa bantuan itu harus lebih teliti, menjurus dan tidak menyeluruh kerana hanya membantu kelompok yang terkesan daripada krisis ini dan tidak berbelanja luar daripada keupayaan kita.

“Oleh itu, mesti menyasarkan bantuan atau subsidi kepada kelompok yang hanya memerlukan.

Cabaran utama kita (kerajaan) ialah menjamin keperluan termasuk minyak, gas dan baja itu mencukupi agar pertumbuhan tidak terbabas,” kata Anwar.

Perdana Menteri berkata petunjuk makroekonomi negara juga baik pada suku pertama tahun ini, dengan unjuran BNM, iaitu pertumbuhan ekonomi antara empat dan lima peratus meskipun terkena tempias daripada krisis Asia Barat.

“Ini (pencapaian) membanggakan jika dibandingkan dengan negara lain,” kata beliau.

Anwar turut mengulangi pencapaian ringgit yang kukuh berbanding mata wang Asia lain. 

Mata wang tempatan mencatatkan prestasi cemerlang dan terbaik di Asia selama dua tahun berturut-turut.

Perdana Menteri berkata kesemua pencapaian itu juga hasil daripada pengurusan kewangan negara dan bank sekali gus menambah keyakinan pelabur terhadap sistem kewangan negara.

-- BERNAMA