BERITA TERKINI   Tanggungan subsidi kerajaan bagi RON95 dan diesel berdasarkan harga pasaran semasa masih diunjurkan tinggi, iaitu RM3.5 bilion sebulan - MOF | Pasaran petroleum global pamer trend lebih stabil namun masih dipengaruhi ketidaktentuan bekalan fizikal, tahap inventori global dan permintaan bermusim di beberapa rantau utama dunia - MOF | Subsidi RON95 diunjurkan sekitar RM2 bilion sebulan, manakala subsidi diesel pula kira-kira RM1.5 bilion sebulan - MOF | Malaysia mahu perkukuh kerjasama dengan kerajaan dan syarikat Jepun bagi pembangunan masa depan dalam teknologi tinggi dan AI - PM Anwar | Kerjasama tenaga Petronas-JERA bersifat strategik dan memberi manfaat jangka panjang kepada Malaysia dan Jepun - PM Anwar | 
Ad Banner

ASNB Lancar Kempen Pandu Impianmu 2.0, Tawar Hadiah Bernilai RM875,000

KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) -- Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat Permodalan Nasional Bhd (PNB) melancarkan Kempen Pandu Impianmu 2.0 yang menawarkan pelbagai hadiah bernilai RM875,000.

Hadiah menarik itu termasuk sebuah kenderaan mewah BMW 320i M Sport sebagai hadiah utama, seunit Proton e.MAS 7 serta enam unit Perodua Bezza.

Menerusi kenyataannya, PNB memaklumkan kempen yang terbuka kepada semua pelabur unitnya, bermula pada 1 April 2026 dan merangkumi dua pusingan cabutan hadiah.

Ad Banner
Ad Banner

“Semua pelabur ASNB boleh menyertainya dengan hanya mendaftar dan melabur minimum RM500 dalam mana-mana unit ASNB untuk layak menerima satu tiket cabutan,” menurutnya.

Setiap pelaburan melalui platform digital seperti myASNB, termasuk penasihat pelaburan robo (RIA) akan menerima tiket berganda untuk jumlah pelaburan sama.

“Sebagai contoh, pelaburan sebanyak RM1,000 akan menerima dua tiket jika dibuat di cawangan atau ejen manakala empat tiket sekiranya melalui myASNB atau RIA,” menurutnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Cabutan pertama yang berlangsung pada 1 April 2026 hingga 30 September 2026 menawarkan hadiah  sebuah Proton e.MAS 7, tiga unit Perodua Bezza, 10 pakej penginapan tiga hari dua malam (3H2M) di Hard Rock Hotel Pulau Pinang atau Hard Rock Hotel Desaru serta 50 PIN Touch ‘n Go Reload bernilai RM1,000 setiap satu.

Bagi cabutan kedua bagi tempoh 1 April 2026 hingga 31 Mac 2027, menawarkan hadiah utama sebuah BMW 320i M Sport, tiga Perodua Bezza, lima keping kad Petronas bernilai RM5,000, 10 Pakej penginapan 3H2M di Hard Rock Hotel Pulau Pinang atau Hard Rock Hotel Desaru,  50 PIN Touch ‘n Go Reload bernilai RM1,000 setiap satu.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB Fadzihan Abbas Mohamed Ramlee berharap Kempen Pandu Impianmu 2.0 akan terus menjadi aspirasi agar lebih ramai rakyat negara ini mula melabur, seterusnya menyemai langkah awal ke arah amalan kewangan berdisiplin sepanjang hayat.

“Di ASNB, kami percaya pelaburan adalah untuk semua tanpa mengira latar belakang dan jumlah pelaburan.

“Matlamat kami adalah mendidik dan menyediakan peluang kepada semua untuk melabur, membina tabungan dan seterusnya membina kehidupan lebih sejahtera,” katanya pada Majlis Penyampaian Hadiah Kempen Pandu Impianmu, Gen Labur dan Labur & Level-Up serta Pelancaran Kempen Pandu Impianmu 2.0 di sini, hari ini.

Menurut PNB, untuk layak sebagai pemenang, pelabur perlu mempunyai simpanan bersih minimum RM500 sepanjang tempoh kempen berkenaan.

Pada majlis sama, pemenang Kempen Pandu Impianmu, Gen Labur! menerima hadiah masing-masing yang menyaksikan Fatin Hazirah Mohd Mustapa muncul sebagai pemenang pertama manakala hadiah kedua jatuh dan ketiga masing-masing menjadi milik Ashraf Aizzuddin Abd Rahni dan Tan Yau Siang.

Di samping itu, lima pemenang utama kempen Labur & Level-Up turut diumumkan yang membawa pulang hadiah bernilai RM20,118.00. 

Kempen Labur & Level-Up yang diadakan pada 1 Jun 2025 hingga 31 Mac 2026, memerlukan pelabur ASNB melabur menerusi Auto Labur dengan nilai minimum RM50 setiap bulan.

Sebanyak 2,835 pemenang telah dipilih sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Jumlah atau nilai hadiah yang ditawarkan menerusi Kempen Pandu Impianmu, Gen Labur! adalah sebanyak RM687,000 manakala RM1.18 juta telah ditawarkan menerusi Kempen Labur & Level-Up.

Nilai hadiah keseluruhan kempen-kempen ASNB itu adalah RM2.74 juta.

-- BERNAMA