BERITA TERKINI   NADI kini jadi contoh, rujukan kepada negara-negara lain - Fahmi | Malaysia negara pertama di dunia tubuh Tribunal Anti-Buli, selaras komitmen Kerajaan MADANI kekang budaya buli - Azalina | PRN Johor: KDN beri jaminan pergerakan rakyat Johor bekerja di Singapura untuk pulang mengundi berjalan lancar - Saifuddin Nasution | PRN Johor : Pakatan Harapan akan lancar manifesto dalam masa terdekat - Saifuddin Nasution | Kerajaan peruntuk RM1.5 juta kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia bantu golongan memerlukan dapatkan representasi guaman, pembelaan hak di Mahkamah Syariah - PM Anwar | 

Keuntungan Bersih Petronas Dagangan Susut Kepada RM283 Juta Pada Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Petronas Dagangan Bhd melaporkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM283 juta pada suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2026 berbanding RM293.50 juta pada suku sama setahun lepas, disebabkan oleh kos dan perbelanjaan produk lebih tinggi yang menurunkan sumbangan segmen komersial.

Dalam pemfailan Bursa Malaysia hari ini, Petronas Dagangan memaklumkan bahawa keuntungan lebih rendah itu sebahagiannya diimbangi oleh keuntungan kasar yang lebih tinggi daripada segmen runcit berikutan pergerakan menaik dalam harga Mean of Platts Singapore (MOPS).

Hasil meningkat kepada RM11.15 bilion semasa suku di bawah kajian daripada RM9.09 bilion pada suku sama sebelumnya, disokong oleh harga jualan purata lebih tinggi dan jumlah jualan lebih kukuh.

Ad Banner

Jumlah jualan meningkat sebanyak tujuh peratus merentasi semua segmen, dipacu oleh permintaan yang lebih tinggi.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan, Azrul Osman Rani berkata dalam pasaran yang tidak menentu, keutamaan kumpulan adalah untuk memastikan pelanggan terus bergerak dengan bekalan bahan api boleh dipercayai, kualiti perkhidmatan konsisten dan kemudahan di setiap titik sentuh pelanggan.

“Suku pertama mencerminkan kekuatan perniagaan teras kami dan disiplin pasukan kami. Petronas Dagangan akan terus fokus pada kecemerlangan operasi dan tumpuan pelanggan dan akan respons dengan pantas terhadap tekanan kos dan pasaran,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Selain itu, beliau berkata walaupun keadaan kekal dinamik, kumpulan itu yakin dengan keupayaannya untuk mengharungi cabaran merentasi segmen runcit dan komersialnya dan terus memperkukuh cadangan nilai pelanggannya dan memberikan nilai jangka panjang.

Menurut Petronas Dagangan, operasi kumpulan itu terjejas oleh turun naik harga minyak mentah.

“Pada suku pertama 2026, harga purata minyak mentah Brent berada pada US$81.13 setong, peningkatan sebanyak 27.3 peratus berbanding suku sebelumnya, susulan ketegangan memuncak di Asia Barat yang muncul daripada konflik antara Amerika Syarikat dan Iran pada akhir Februari, 2026.

“Segmen runcit menjejaki pergerakan harga minyak dengan teliti, disokong oleh kontrak jangka panjang berturut-turut dengan pembekalnya, manakala segmen komersial mencatatkan keuntungan lebih rendah kebanyakannya disebabkan oleh peningkatan kos produk yang timbul daripada kenaikan harga mendadak,” katanya.

Berkenaan prospek, Petronas Dagangan memaklumkan situasi geopolitik di Asia Barat kekal tegang dengan trajektori konflik yang tidak menentu mengukuhkan keperluan untuk kekal berhati-hati, memandangkan potensi gangguan kepada bekalan dan rantaian bekalan tenaga global.

"Berlatarbelakangkan perkembangan ini, Petronas Dagangan kekal fokus untuk memperincikan keutamaan strategiknya dan meningkatkan kecekapan operasi menerusi penglibatan pelanggan yang lebih mendalam serta pengurusan kos yang berdisiplin."

"Kumpulan ini akan tetap berada di landasan yang betul, melaksanakannya dengan konsisten dan teliti di sebalik ketidaktentuan global dan terus menghasilkan prestasi yang berdaya tahan dan stabil," 

Petronas Dagangan telah mengisytiharkan dividen interim sebanyak 18 sen sesaham biasa untuk suku pertama 2026.

Pada jam 1.54 tengah hari, saham Petronas Dagangan meningkat 44 sen kepada RM17.78 dengan 882,600 saham didagangkan.

-- BERNAMA