BERITA TERKINI   Kontrak penganjuran MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang dilanjutkan lima tahun hingga 2031 - Menteri KBS | Malaysia perlu persiapkan tenaga kerja hadapi era AI melalui pendidikan lebih berkualiti, latihan kemahiran dan pembangunan bakat - PM Anwar | Keputusan Ant International wujudkan pusat operasi globalnya di Malaysia cerminkan keyakinan meningkat terhadap kekuatan negara dalam bidang teknologi, inovasi dan AI - PM Anwar | Teknologi, kewangan dan inovasi perlu wujudkan pekerjaan berkualiti, memperkukuh industri tempatan, menyokong perniagaan dan meningkatkan akses kepada perkhidmatan mampu milik - PM Anwar | Lebih 59,000 bekas pelajar tajaan JPA yang tamat pengajian pada atau sebelum 31 Dis 2024 layak memohon Opsyen PBU Akademik Fasa Kedua - JPA | 

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan separuh kedua 2026 dengan prestasi memberangsangkan, dipacu oleh keuntungan semalaman lebih kukuh di Wall Street dan sentimen pasaran yang bertambah baik susulan kemajuan dalam rundingan damai AS-Iran yang meningkatkan keyakinan pelabur.

Pada 9.16 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.59 mata kepada 1,664.65 daripada 1,664.06 semasa ditutup pada Selasa.

Ad Banner

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.29 mata kepada 1,665.35.

Pasaran secara menyeluruh positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 238 berbanding 111 manakala 304 kaunter tidak berubah, 1,968 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 190.88 juta saham bernilai RM103.19 juta.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Wall Street ditutup lebih tinggi secara amnya, diterajui terutamanya oleh saham teknologi.

Rakuten Trade Sdn Bhd vice-president of equity research Thong Pak Leng said Wall Street ended broadly higher, led predominantly by technology stocks.

Mengenai pasaran tempatan, beliau memberitahu Bernama bahawa aktiviti belian semasa harga rendah membantu FBM KLCI pulih daripada paras terendah dalam sehari semalam, walaupun sentimen pasaran keseluruhan kekal lemah.

Beliau menjangkakan indeks penanda aras akan turun naik dalam lingkungan 1,660-1,670 hari ini.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank, Public Bank dan IHH tidak berubah masing-masing pada RM10.78, RM4.80 dan RM8.40, manakala Tenaga Nasional merosot lapan sen kepada RM14.20 dan CIMB menambah empat sen kepada RM7.45.

Bagi saham aktif, Tanco and Pegasus tidak berubah pada 17.5 sen dan setengah sen, manakala Dagang Nexchange menokok dua sen kepada 43.5 sen, Nationgate melonjak 2.5 sen kepada 91.5 sen, manakala Salutica turun satu sen kepada sembilan sen.

Bagi saham paling untung, Malaysian Pacific Industries naik 70 sen kepada RM50.36, Critical Holdings meningkat 32 sen kepada RM1.41, Vitrox menambah 23 sen kepada RM7.99, KESM menokok 17 sen kepada RM4.20, dan UWC melonjak 14 sen kepada RM6.77.

Antara saham paling rugi, Kawan Renergy menguncup lapan sen kepada 43 sen, Gamuda susut tujuh sen kepada RM4.30, Sealink dan Tradeplus merosot enam sen masing-masing kepada 28 sen dan RM5.04,  manakala Kluang Rubber turun empat sen kepada RM5.86.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 17.80 mata kepada 12,402.91, Indeks FBM Top 100 naik 15.36 mata kepada 12,230.40, Indeks FBM Emas Shariah menokok 11.11 mata kepada 12,294.96, Indeks FBM Mid 70 menambah 69.20 mata kepada 17,986.67, dan Indeks FBM ACE naik 17.48 mata kepada 4,840.91.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 29.48 mata kepada 19,640.14, Indeks Tenaga menokok 1.92 mata kepada 753.56, Indeks Perladangan susut 16.02 mata kepada 8,838.74 dan Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.37 mata kepada 181.00.

-- BERNAMA