BERITA TERKINI   Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Di Malaysia 2026: Kawalan lalu lintas di lapan checkpoint bermula pagi Jumaat ini - Ketua Polis Daerah KLIA | Motosikal dilarang memasuki kawasan SIC sepanjang Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix berlangsung - CEO SIC | PM Anwar ucap tahniah kepada UM, duduki kelompok 200 terbaik dalam Times Higher Education World University Rankings 2027 | Konflik Asia Barat: Malaysia, Qatar senada perang mesti dihentikan, bantuan kemanusiaan disegerakan dan ikhtiar damai diperkukuh - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Bursa Malaysia Susut, Jejaki Kelemahan COMEX AS

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa, menjejaki prestasi lemah pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.

Pada penutup, kontrak bulan semasa Jun 2026 susut kepada US$3,991.60 setiap auns troy berbanding US$4,016.70 sebelumnya, manakala kontrak Julai 2026 turun kepada US$4,013.90 berbanding US$4,032.80.

Kontrak Ogos 2026 merosot kepada US$4,026.70 daripada US$4,056.20, September 2026 susut kepada US$4,045.80 daripada US$4,060.70, manakala Oktober dan Disember 2026 masing-masing jatuh kepada US$4,045.80 berbanding US$4,079.80 sebelum ini.

Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 160 lot daripada 15 lot, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 224 kontrak berbanding 79 sebelum ini.

Sementara itu, emas fizikal ditetapkan pada US$4,026.05 setiap auns troy berdasarkan penetapan petang oleh London Bullion Market Association (LBMA) pada 30 Jun 2026.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner