BERITA TERKINI   Malaysia tidak terpengaruh dengan pengampunan Jho Low di Amerika Syarikat - PM Anwar | RM1 juta projek restorasi Tugu Negara sempena Hari Kebangsaan ke-70 daripada Amerika Syarikat akan dibincang dalam mesyuarat kabinet minggu hadapan - PM Anwar | Dakwaan MB Johor mengenai JS-SEZ tidak benar - PM Anwar | Keanggotaan Azam Baki sebagai penasihat di Pusat Jenayah Kewangan Kebangsaan atas perkenan Agong - PM Anwar | Inisiatif Teksi MADANI mampu lonjak pendapatan bersih pemandu sehingga RM7,000 sebulan - PM Anwar | 

Co-opbank Pertama Agih Dividen RM104.8 Juta

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Co-opbank Pertama (CBP) mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.5 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2025, dengan pembayaran dividen dikreditkan ke dalam akaun anggota yang layak bermula hari ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif CBP Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata kadar dividen itu telah ditolak zakat dan melibatkan agihan sebanyak RM104.79 juta, dengan lebih 92,000 anggota yang layak menerima manfaat.

"Bagi 2025, CBP mencatatkan prestasi lebih kukuh dengan keuntungan sebanyak RM131.15 juta, meningkat 3.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Ad Banner

"Bagi 2026 pula, CBP menyasarkan keuntungan sebanyak RM141 juta dan optimis sasaran ini dapat dicapai menerusi aktiviti pemasaran yang telah dirancang sebelum ini,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut beliau, bank itu juga akan dapat memperkukuh lagi kedudukan kewangannya menerusi penerbitan Sukuk Berstruktur Terlindung pada Jun tahun ini.

Khairil Anuar berkata penerbitan sukuk itu menerusi anak syarikatnya, Himayah Sukuk Berhad akan terus mengukuhkan lagi jenama CBP di dalam pasaran sukuk di negara ini, sambil menambah penerbitan berkenaan disokong oleh penarafan A3 dan P2 dengan prospek 'Stabil' daripada RAM Ratings.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA