BERITA TERKINI   Pendapatan pelaburan KWSP bagi suku kedua 2026 meningkat 44 peratus kepada RM29.77 bilion daripada RM20.61 bilion tahun sebelumnya | Jumlah caruman KWSP meningkat 8.5 peratus kepada RM33.87 bilion pada Suku Kedua 2026, manakala caruman i-Saraan bertambah 15.7 peratus kepada RM1.33 bilion | Ahli aktif KWSP meningkat kepada 10.9 juta manakala majikan aktif melebihi 645,200 selepas 37,265 pendaftaran baharu pada Suku Kedua 2026 | Jumlah pendapatan pelaburan KWSP RM57.50 bilion pada separuh pertama 2026, meningkat 48 peratus daripada RM38.92 bilion dalam tempoh sama 2025 | Aset pelaburan KWSP berjumlah RM1.54 trilion, dengan 39 peratus dilaburkan di seluruh dunia, manakala pelaburan antarabangsa menyumbang RM19.29 bilion, atau 65 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan pada Suku Kedua 2026 | 

Pengecualian Caj RM1 Pengeluaran Tunai ATM Antara Bank Berkuat Kuasa

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Pengecualian caj RM1 bagi pengeluaran tunai ATM antara bank berkuat kuasa dengan lancar mulai 1 Julai 2026, sebagai sebahagian daripada usaha industri perbankan meringankan kos sara hidup di samping meningkatkan akses serta kemudahan perkhidmatan perbankan harian untuk rakyat Malaysia

Dalam kenyataan bersama hari ini, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) serta Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) memaklumkan inisiatif itu menghapuskan caj RM1 yang sebelum ini dikenakan apabila pelanggan mengeluarkan wang tunai melalui ATM yang dikendalikan oleh bank selain bank mereka sendiri.

"Bagi mengelakkan kekeliruan, pengecualian caj ini terpakai kepada ATM yang dikendalikan oleh bank di seluruh negara. Caj standard masih boleh dikenakan bagi penggunaan ATM bukan milik bank," menurut persatuan berkenaan.

Ad Banner

Langkah itu, menurut mereka, mencerminkan aspirasi lebih luas untuk membina sistem kewangan yang lebih inklusif dan mudah diakses dengan mengutamakan keperluan harian rakyat.

"Industri perbankan menerusi ABM, AIBIM dan ADFIM bekerjasama rapat dengan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) bagi memastikan inisiatif ini dilaksanakan dengan lancar serta manfaatnya dapat dinikmati rakyat dengan segera," menurut kenyataan itu.

Persatuan berkenaan memaklumkan pelanggan boleh merujuk saluran komunikasi rasmi bank masing-masing, termasuk laman sesawang, aplikasi perbankan mudah alih dan pusat khidmat pelanggan, untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaksanaan pengecualian caj RM1 bagi pengeluaran tunai ATM antara bank itu.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA