BERITA TERKINI   Tujuh ditahan, dadah bernilai RM3.2 juta dirampas dalam siri serbuan di Pulau Pinang - Ketua Polis negeri | Banjir Nepal: Wisma Putra aktifkan bilik operasi 24 jam, ahli keluarga rakyat Malaysia terlibat digesa hubungi +603 8887 4570 atau dutyofficer@kln.gov.my | Tenaga kerja tempatan perlu diperkasa bagi mengisi pekerjaan berkemahiran tinggi dalam sektor teknologi perubatan - Ahmad Zahid | Malaysia perlu menyasarkan melepasi nilai eksport perubatan RM50 bilion menjelang 2030, berbanding RM34.54 bilion tahun lepas - Ahmad Zahid | Persiapan perbarisan sambutan Hari Kebangsaan dijangka capai hampir 100 peratus menjelang raptai penuh esok - Fahmi | 

Portfolio Sukuk IILM Catat Paras Tertinggi US$7.2 Bilion

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Jumlah aset sukuk jangka pendek dalam edaran Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) meningkat kepada paras tertinggi sebanyak US$7.2 bilion selepas terbitan dan terbitan semula sukuk bernilai US$1.28 bilion (US$1=RM4.07).

Menurut IILM, penerbit instrumen pengurusan mudah tunai jangka pendek patuh syariah terkemuka di dunia itu, terbitan tersebut dibuat dalam empat tempoh berbeza, iaitu satu, tiga, enam dan 12 bulan.

Lelongan itu mendapat permintaan tinggi daripada pelbagai kumpulan pelabur antarabangsa, menjana jumlah keseluruhan pesanan sebanyak US$2.763 bilion, mencatatkan kadar lebihan langganan 2.16 kali.

Ad Banner

Empat siri sukuk itu pada kadar 3.86 peratus bagi US$378 juta (sebulan), 4.05 peratus bagi US$547 juta (tiga bulan), 4.10 peratus bagi US$317 juta (enam bulan) dan 4.05 peratus bagi US$40 juta (12 bulan), menurutnya dalam kenyataan.

“Transaksi hari ini merupakan lelongan sukuk IILM yang ke-13 pada 2026, menjadikan jumlah terbitan terkumpul untuk tahun ini kepada US$15.877 bilion dalam 62 siri sukuk jangka pendek dengan pelbagai tempoh matang,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Mohamad Safri Shahul Hamid berkata portfolio sukuk dalam edaran IILM setakat tahun ini meningkat sebanyak 12.5 peratus walaupun terdapat persekitaran pasaran paling tidak menentu dalam beberapa tahun ini.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Pencapaian ini disokong oleh permintaan berterusan daripada pelbagai pelabur global, memperkukuh keyakinan yang diberikan terhadap instrumen kecairan Islam jangka pendek IILM yang berkualiti tinggi dan peranan mereka yang semakin penting dalam menyokong keperluan pengurusan kecairan rentas sempadan institusi kewangan Islam,” katanya.

Semua terbitan dijalankan di bawah program terbitan sukuk jangka pendek bernilai US$8.5 bilion, diberi penarafan “A-1” oleh S&P Global Ratings dan “F1” oleh Fitch Ratings.

-- BERNAMA