BERITA TERKINI   Liga Super: Sabah FC 3-1 Star City FC | Selangor raih juara keseluruhan SUKMA 2026 - Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKMA | Perenang Selangor Eliza Tan Ai Shen dan penembak Pahang Cheah Zen Hong dinobat Atlet Terbaik Wanita dan Lelaki SUKMA 2026 - Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana SUKMA | 1 Sept diumum cuti peristiwa sempena kejayaan kontinjen Selangor rangkul juara keseluruhan SUKMA 2026 - MB Selangor | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Kontrak Julai 2026 dan Disember 2026 masing-masing susut 5.0 mata kepada 1,680.0 dan 1,662.0.

Kontrak Ogos 2026 merosot 3.0 mata kepada 1,681.50, manakala September 2026 turun 4.5 mata kepada 1,660.50.

Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 5,574 lot daripada 4,503 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka naik kepada 36,179 kontrak daripada 33,657 kontrak sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 0.68 mata kepada 1,683.61 daripada paras 1,682.93 ketika ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner