BERITA TERKINI   Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan akan kekal hingga PRU 16 - PM Anwar | Kerajaan akan menaikkan jumlah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam masa terdekat - PM Anwar | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kontrak  niaga hadapan  FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini.

Kontrak Julai 2026 naik 3.5 mata kepada 1,683.50, Ogos 2026 meningkat 2.5 mata kepada 1,684.00, September 2026 menambah 3.0 mata kepada 1,663.50 dan Disember 2026 naik 4.0 mata kepada 1,666.00.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5,815 lot daripada 5,574 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 36,724 kontrak berbanding 36,179 kontrak sebelum ini.

Ad Banner

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 5.97 mata kepada 1,677.64 daripada 1,683.61 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner