BERITA TERKINI   Dewan Rakyat lulus RUU Makanan (Pindaan) 2026 | Sekolah dan institusi pendidikan bawah KPM yang terjejas jerebu akan laksana PdPR - KPM | Jerebu: Institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 150 selama tiga hari berturut-turut ditutup mulai 12 Okt - KPM | Semua institusi pendidikan bawah KPM di kawasan IPU melebihi 180 hendaklah ditutup bermula esok - KPM | RTS Link bukan ditangguh, perlu penilaian keselamatan dan kelulusan pihak berkuasa Malaysia-Singapura - Loke | 

Belanjawan 2027 Tekankan Pertumbuhan Mampan, Kesejahteraan Rakyat - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) -- Kerajaan akan menekankan pertumbuhan ekonomi yang mampan, inklusif dan berteraskan kesejahteraan rakyat, selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, dalam merangka Belanjawan 2027.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan bahawa sejajar dengan kerangka tersebut, kerajaan akan memastikan setiap dasar fiskal dan perbelanjaan awam bukan sahaja menyokong pertumbuhan ekonomi, malah meningkatkan taraf hidup rakyat secara menyeluruh.

Perkara itu dinyatakan MOF dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat, disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Ad Banner

“Antara fokus utama adalah memperkukuh perlindungan sosial dan bantuan bersasar; meneruskan reformasi subsidi secara berperingkat dan bersasar; meningkatkan pendapatan dan mobiliti sosial rakyat; memperkukuh perkhidmatan asas; mengukuhkan kemampanan fiskal negara; serta mempercepat pelaksanaan pendigitalan, kecerdasan buatan (AI) dan penggunaan data bersepadu,” menurut kementerian itu.

Kementerian itu menjawab soalan Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) mengenai perancangan yang dibuat dalam merangka Belanjawan Persekutuan bagi tahun 2027.

Selain itu, MOF memaklumkan dengan berpaksikan Kerangka Ekonomi MADANI, Belanjawan 2027 akan terus mengekalkan pendekatan yang mengimbangi pertumbuhan ekonomi, kemampanan fiskal dan kesejahteraan rakyat, supaya bantuan kerajaan dapat diteruskan secara mampan dan lebih berkesan kepada golongan yang memerlukan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA