BERITA TERKINI   Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini | PM Anwar kini jalani rawatan fisioterapi, pastikan proses pemulihan berjalan baik - Ketua Pasukan Perubatan PM | PM Anwar selamat jalani pembedahan laparoskopi secara elektif, rawat hernia perut - Ketua Pasukan Perubatan PM | Pelan Strategik Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli 2026-2035 komitmen kerajaan tingkat status kesihatan, kesejahteraan komuniti Orang Asli - Dzulkefly Ahmad | TPM Ahmad Zahid harap pindaan Akta Orang Asli 1954 dapat dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang | 

Lianson Fleet Peroleh Dua Kapal Bernilai RM213.2 Juta Bagi Perkasa Armada Pengangkutan Marin

KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) – Lianson Fleet Group Bhd (LFG) memperoleh dua kapal bernilai RM213.2 juta secara tunai sebagai sebahagian daripada strateginya untuk mengembangkan armada pengangkutannya melangkaui perniagaan kapal sokongan luar pesisirnya. 

Menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, anak syarikat milik penuhnya Lianson Fleet Pte. Ltd (LFPL) telah memeterai dua memorandum perjanjian (MoA) berasingan pada 9 Julai untuk memperoleh kapal MV Tian Mu Shan dan MV Yan Dang Shan, daripada penjual pihak ketiga tidak berkaitan yang diperbadankan di China. 

LFG berkata kapal itu didaftarkan di Kepulauan Marshall, dengan tan berat mati MV Tian Mu Shan sebanyak 63,437 tan dan MV Yan Dang Shan sebanyak 63,301 tan, dengan kedua-dua kapal secara keseluruhannya mempunyai berat kasar lebih 36,000 tan dan 199.9 meter panjang. 

Ad Banner

“Pemerolehan ini sejajar dengan strateginya untuk mengembangkan armada pengangkutan marinnya, dan ia bakal melengkapi kapal pengangkut kelas Ultramax pertama kumpulan itu, iaitu lebih besar daripada armada pengangkut pukal Supramax sedia ada. 

“Kapal itu dijangka memperkukuhkan aliran pendapatan berulang kumpulan melalui potensi dan penggunaan carter jangka panjang mereka, sekali gus meningkatkan keterlihatan pendapatan,” tambahnya. 

Menurut LFG, pemerolehan itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2026 dan seterusnya melalui pendapatan carter. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Tambahnya, pemerolehan itu dijangka selesai menjelang Oktober 2026 tertakluk kepada keadaan yang tidak dijangka. 

– BERNAMA