Niaga Hadapan KLCI Ditutup Tinggi
KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat.
Kontrak Julai 2026 naik 16.0 mata kepada 1,699.50. Ogos 2026 dan Disember 2026 masing-masing meningkat 17.0 mata kepada 1,701.0 serta 1,683.0, manakala September 2026 menokok 17.5 mata kepada 1,681.0.
Jumlah dagangan bertambah kepada 7,785 lot berbanding 5,815 lot yang dicatatkan pada Khamis, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 40,493 kontrak daripada 36,724 sebelumnya.
Pada 5 petang, FBM KLCI menyaksikan kenaikan sebanyak 13.85 mata kepada 1,691.49 daripada 1,677.64 semalam.
-- BERNAMA